awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Buah tangan Siti Nurhaliza untuk pesakit jantung

Muzaffar Mustapa
Muzaffar Mustapa
31/10/2019
00:00 MYT
Buah tangan Siti Nurhaliza untuk pesakit jantung
Siti ketika pelancaran SIMPLYSITI Di Hati 2019 berkata hatinya begitu tersentuh melihat nasib kanak-kanak yang menghidapi penyakit jantung. - Foto Astro AWANI/Muzaffar Mustapa
Hati ibu mana yang tidak tersentuh apabila melihat penderitaan anak-anak sekecil usia 4 tahun yang menghidap penyakit jantung.
Itulah yang dirasai sendiri oleh penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza di majlis pelancaran kempen SIMPLYSITI Di Hati 2019 yang diadakan dengan kerjasama Yayasan Institut Jantung Negara.
“Apabila melihat nasib yang menimpa anak-anak seusia anak saya sendiri, Siti Aafiyah, hati saya pasti tersentuh. Latar belakang mereka mungkin berbeza, namun besar harapan dan menjadi tanggungjawab saya untuk turut menyumbang sedikit tenaga dan keuntungan daripada perniagaan saya kepada mereka yang benar-benar memerlukan seperti kanak-kanak pesakit jantung ini.”
Sejak diperkenalkan pada tahun 2011, kempen tersebut telah berjaya mengumpul dana lebih RM200,000 yang disalurkan ke tabung yayasan itu bagi membiayai kos pembedahan 14 orang kanak-kanak pesakit jantung yang kurang berkemampuan.
Kempen yang akan berlangsung selama 2 bulan mulai November depan bakal membantu 5 orang kanak-kanak pesakit jantung iaitu Mugilan A/L Ramesh Rao berusia 2 tahun, Siah Wan Ying, Nur Auni Syamimi Ahmad Paridon, Auni Insyirah bt Muhammad Firdaus Hilmi, Nur Auni Mardhiyah Ahmad masing-masing berusia 4 tahun.
Kesemua kanak-kanak ini dijadualkan menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara dengan kos keseluruhan dianggarkan berjumlah sekurang-kurangnya RM70,000.
Siti Nurhaliza
Siti Nurhaliza turut melancarkan sebuah single terbaharu berjudul 'Terang' yang turut menjadi lagu tema kempen tersebut. - Foto Astro AWANI/Muzaffar Mustapa
Istimewanya tahun ini apabila Siti turut melancarkan sebuah single terbaharu yang berjudul “Terang” yang turut menjadi lagu tema kempen tersebut.
Lagu “Terang” digubah oleh komposer Aubrey Suwito dengan sentuhan lirik oleh Shah Shamsiri.
“Lagu ini merupakan hadiah buat mereka bagi membakar semangat anak-anak kecil ini agar mereka dapat menjalani kehidupan seperti kanak-kanak biasa.”
Bukan itu sahaja, SIMPLYSITI turut menggalakkan penyertaan seluruh rakyat Malaysia untuk menjadi sebahagian daripada kempen tersebut.
Sejumlah RM10,000 lagi akan disumbangkan ke tabung Yayasan IJN sekiranya video lagu tema kempen itu mendapat tatapan sehingga 1 juta penonton di saluran YouTube Siti Nurhaliza Official. Video itu akan mula dimuat naik bermula 1 November ini.
Bagi menjayakan kempen ini, SIMPLYSITI turut menjalinkan kerjasama dengan pelbagai syarikat ternama termasuk Astro GoShop selaku rakan niaga TV rasmi.
Topic Berkaitan
#Auni Insyirah Muhammad Firdaus Hilmi
#Mugilan A L Ramesh Rao
#Nur Auni Mardhiyah Ahmad
#Nur Auni Syamimi Ahmad Paridon
#pesakit jantung
#Siah Wan Ying
#simplysiti
#SimplySiti Di Hati 2019
#Siti Nurhaliza
#Yayasan Institut Jantung Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan