awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Che Ta selamat pulang dari Tanah Suci, kini berhijab

Gempak
Gempak
06/03/2015
01:55 MYT
Che Ta selamat pulang dari Tanah Suci, kini berhijab
Pelakon cantik Rozita Che Wan kini tampil dengan imej baru selepas pulang dari mengerjakan umrah bersama suami, Zain Saidin pada Khamis. - Foto Astro Gempak
Pelakon cantik Rozita Che Wan kini tampil dengan imej baru selepas pulang dari mengerjakan umrah bersama suami, Zain Saidin pada Khamis.
Pengurus Rozita, Afeeq Abdul Wahab turut mengesahkan perkara tersebut menerusi laman sosial Instagram dan Facebooknya.
Afeeq ketika dihubungi Astro Gempak memberitahu Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta akan kekal dengan imej bertudung.
“Berkat doa para peminat dan suami, Che Ta kini bertudung dan akan terus kekal dengan imej tersebut. Ahamdulillah, sebelum ini dia memang ada berniat untuk memakai tudung.
“Saya tidak terkejut dengan keputusan yang dibuat Che Ta kerana sebelum ini dia pernah ‘hint’ akan bertudung, cuma tidak sangka ia dilaksanakan sebaik sahaja dia selesai mengerjakan umrah,” katanya.
Tambah Afeeq lagi, setakat ini pihak endorsement menerima perubahan Che Ta dengan baik dan tidak mempunyai masalah dengan imej baru pengacara Primadona itu.
Che Ta dan suami berangkat menunaikan umrah pada minggu lepas dan selamat tiba dari tanah suci Mekah pada tengahari tadi.
Terdahulu Che Ta pernah memberitahu kepada media akan menunaikan umrah bersama suami sebagai memenuhi nazarnya.
Pelakon dan pengacara cantik itu juga pernah berhajat menunaikan umrah sekiranya dia mengandung selepas mendirikan rumah tangga dengan Zain pada penghujung 2013. -- Astro Gempak
Topic Berkaitan
#Che Ta
#hijab
#Mekah
#Rozita Che Wan
#Zain Saidin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan