Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Cik Kiah 'muncul' di saluran Astro, On Demand

Cik Kiah 'muncul' di saluran Astro, On Demand
Istimewa buat semua pelanggan, Astro akan menampilkan Cik Kiah di saluran Astro dan juga On Demand (OD).
KUALA LUMPUR: Sejak Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggunakan nama Mak Cik Kiah semasa pembentangan Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat pada Jumaat lalu, nama tersebut mula diperkatakan sehingga trending di media sosial.

Ramai diantara pengguna media sosial yang bertanyakan siapakah wanita bernama Mak Cik Kiah?

Istimewa buat semua pelanggan, Astro akan menampilkan 'Cik Kiah' di saluran Astro dan juga On Demand (OD).

Anda boleh berhibur bersama keluarga dengan menyaksikan rantaian siri drama dan telemovie Cik Kiah secara percuma dan pada bila-bila masa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Antara yang menanti pelanggan Astro di OD adalah telemovie Rombongan Cik Kiah ke Kelana Jaya, Tu Dia Kiah Nak Raya, Kiah Beraya Solo, Kiah Pi Jepun, manakala drama siri 13 episod adalah Kiah Mai Pulak, Kiah Pekasam dan Kiah The Spy.

Berikut adalah senarai penuh tayangan di saluran Astro Warna & Warna HD sepanjang tempoh PKP ini:  
Telemovie (Isnin sehingga Khamis pada jam 9 malam):

▪ Selasa (31 Mac): I Heart You Cik Yah
▪ Rabu (1 April): Kiah Pi Jepun
▪ Khamis (2 April): Kiah Beraya Solo

Drama Siri (Isnin sehingga Ahad) 1tengah hari – 3 petang (4 episod berturut-turut)
▪ Sehingga (2 April): Kiah Pekasam

Kesemua rantaian ini sudah boleh ditonton mulai 28 Mac 2020.

Pada masa sama, pihak Astro juga akan menambah judul filem tempatan di OD yang boleh ditonton dari masa ke masa.

Selain itu, pelanggan Astro juga boleh menikmati akses menonton drama dan telemovie tersebut di On Demand. Ikuti tiga langkah mudah ini:

1) Tekan Home, pergi ke Tetapan.

2) Pilih Rangkaian & tekan Wi-Fi.

3) Masukkan kata laluan Wi-Fi dan kini anda bersedia untuk menyaksikan On Demand.

Selamat, Kekal Di Rumah dan Kekal menonton saluran-saluran menarik hanya di Astro.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.watchod.com.

Utamakan keluarga dan semoga terhibur di rumah. #KekalTenang #HapusCOVID19.