Netizen hari ini terhibur dengan perbualan antara penyanyi kelahiran Malaysia yang sedang membina nama di Amerika Syarikat Yuna dan seorang petugas bahagian khidmat pelanggan syarikat Maxis menerusi akaun @MaxisListens di Twitter.

Ia bermula apabila Yuna menggalami gangguan perkhidmatan walaupun telah membayar bil empat hari lepas.

Namun dalam lagi satu tweet, penyanyi itu menjelaskan bahawa beliau harus ke pusat perkhidmatan Maxis juga.

“Saya harus ke situ setiap kali saya pulang, adakah kita dalam perhubungan yang serius,” tulis Yuna.



Seorang wakil Maxis yang dikenali sebagai Andre membalas menerusi akaun @MaxisListens: “Hai Yuna, saya sayang awak juga dan perhubungan ini memang serius.”


Dalam satu tweet susulan, perkhidmatan berjaya diaktifkan semula.




Sementara itu, perbualan ini mendapat perhatian beberapa netizen yang anggap ia sungguh melucukan.

Antara yang membalas termasuk penyanyi Aizat Amdan





Ini bukan kali pertama seorang petugas Maxis Listens berjaya mencuri perhatian umum.

Sebelum ini, seorang petugas di Maxis Listens mendapat pujian ramai kerana caranya yang santai namun masih berhemah dalam menjawab aduan dan rungutan, menjadikan beliau disenangi pelanggan.