Mac pastinya bulan yang ditunggu-tunggu peminat Datuk Seri Siti Nurhaliza yang dijangka melahirkan seorang bayi perempuan.

Malah, seperti yang dijanjikan lagu terbaharu ciptaan penyanyi nombor satu negara itu juga boleh dilanggani di semua platform digital dan streaming bermula Isnin ini.

Sedutan rakaman video lagu ‘Comel Pipi Merah’ dimuat naik Pengurusnya, Rozi Abdul Razak di instagram miliknya.

"Bagi meraikan Mac, bermula 5 Mac 2018, Isnin ini, jangan lupa langgani dan dapatkan lagu terbaru @ctdk yang dicipta sendiri oleh beliau dan lirik @rozisangdewi berjudul ‘ Comel Pipi Merah’ di semua platform digital/streaming," kata Rozi.

Lagu istimewa itu dirakamkan Siti Nurhaliza semasa dia hamil tujuh bulan.