awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Bon Jovi batal konsert jelajah, kembalikan wang demi peminat

Astro Awani
Astro Awani
21/04/2020
01:00 MYT
COVID-19: Bon Jovi batal konsert jelajah, kembalikan wang demi peminat
Bon Jovi batal konsert jelajah, pulang duit tiket demi peminat. -Facebook Bon Jovi
Ekoran pandemik COVID-19 yang menyerang dunia ketika ini, beberapa aktiviti hiburan termasuk konsert terpaksa dibatalkan.
Terbaru, kumpulan rock terkemuka Bon Jovi turut mengambil pendekatan sama apabila membatalkan konsert jelajahnya di beberapa lokasi.
“Memandangkan pandemik yang melanda dunia, adalah tidak wajar bagi Bon Jovi meneruskan konsert jelajah pada musim panas ini.
"Melihat kepada suasana sukar ketika ini, kami buat keputusan untuk membatalkan semua konsert jelajah kami.
“Ini membolehkan pemegang tiket mendapatkan pengembalian wang untuk digunakan bagi membayar bil dan membeli barang keperluan.
"Ini masa yang sukar. Anda sentiasa ada untuk kami dan kami sentiasa ada untuk anda.
"Kami tidak sabar bertemu anda semua dalam konsert jelajah apabila kita semua dapat berhimpun dengan selamat.
"Kami akan terus memaklumkan berita dan perkembangan terkini jerayawara Bon Jovi dalam minggu dan bulan mendatang,” kata kumpulan itu di akaun Facebook.
Konsert jelajah Bon Jovi bersama Bryan Adams dijadual bermula Jun ini.
Bon Jovi dianggotai penyanyi Jon Bon Jovi, pemain keyboard David Bryan, pemain dram Tico Torres, pemain gitar utama Phil X dan pemain bass Hugh McDonald.
Topic Berkaitan
#batal konsert jelajah
#bon jovi
#bryan adams
#COVID-19
#jerayawara
#konsert
#koronavirus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan