awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Era baharu BlackBerry? Clicks Communicator hadir dengan papan kekunci fizikal
Blok Afrika Barat gesa hormati kedaulatan Venezuela susulan operasi ketenteraan AS
Johor tumpu usaha perkukuh komitmen jangka panjang ByteDance - Onn Hafiz
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

#CROSSTourinKL: Yoon WINNER terima kejutan awal sambutan hari jadi daripada peminat Malaysia

Isabelle Leong
Isabelle Leong
19/01/2020
01:21 MYT
#CROSSTourinKL: Yoon WINNER terima kejutan awal sambutan hari jadi daripada peminat Malaysia
Inner Circle Malaysia yang juga dikenali sebagai MyPrideWinner tampil dengan kejutan awal hari jadi buat ketua kumpulan WINNER iaitu Yoon yang menyambut kelahiran pada 21 Januari. - Astro AWANI/ISABELLE LEONG
JIKA pada kebiasaannya, selebriti K-Pop membuat kejutan untuk peminat tatkala mengadakan persembahan, lain pula yang berlaku di konsert “WINNER [CROSS] Tour in Kuala Lumpur” di Stadium Axiata Arena Bukit Jalil malam tadi.
Kali ini, Inner Circle (nama fandom WINNER) Malaysia pula yang mengejutkan idola kegemaran mereka pada Sabtu.
Inner Circle Malaysia yang juga dikenali sebagai MyPrideWinner tampil dengan kejutan awal hari jadi buat ketua kumpulan WINNER iaitu Yoon yang menyambut kelahiran pada 21 Januari.
Ia merupakan sebahagian daripada “fan project” yang diiringi sebiji kek dan nyanyian lagu “selamat hari jadi” dalam Bahasa Korea.
“Kek tersebut direka pereka kami untuk menyambut hari jadi ke-27 Kang Seung Yoon.
“Corak kartun anjing pada kek tersebut sebenarnya merupakan anjing peliharaan Yoon yang bernama Thor,” kata wakil daripada MyPrideWinner apabila dihubungi Astro AWANI di laman Twitter pada Sabtu.
Tentunya, usaha peminat WINNER Malaysia tidak sia-sia!
Yoon sungguh gembira dengan kejutan tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada peminatnya.
Nawwwww #InnerCircle dedicating a birthday song to Yoon in Korean Yoon: Why are you singing in Korean? *laughs Thank you Thank you, KL! #CROSSTOURINKL #WINNERINKL #WINNERCROSSTOURinKL #CROSSTOURINinKL@501awani pic.twitter.com/SIZdHiBaGC
— Isabelle Leong (@IsabelleAWANI) January 18, 2020
“Ia bukan hari jadi saya, tetapi terima kasih atas segala ucapan hari jadi.
“Ini merupakan antara sambutan hari jadi yang paling gembira buat saya.
“Terima kasih kerana mencipta memori indah ini. Saya sangat gembira dan bersyukur kerana dapat bersama kalian pada konsert jelajah ini,” kata Yoon.
Katanya lagi, beliau berharap peminatnya akan menyimpan memori indah tersebut dalam kenangan.
Yoon expresses his gratitude to #InnerCircle for making #CROSSTOURINinKL a special memory. Every moment with you are the most brilliant moment for us. And it is the same now. I hope you remember this one till we meet again. pic.twitter.com/bV3KfjIA6v
— Isabelle Leong (@IsabelleAWANI) January 18, 2020
“Setiap momen bersama ialah momen indah buat kami.
“Saya berharap kalian akan mengingati momen ini sehingga kita berjumpa lagi,” tambahnya.
Konsert anjuran iME Entertainment itu menyaksikan kumpulan yang dibarisi empat jejaka tampan (Mino, Hoony, Jinu dan Yoon) mendendangkan lebih 30 lagu, mencuri hati peminat Malaysia.
And on that note, the @yg_winnercity boys end #CROSSTOURINKL with a BANGGGG! #InnerCircle from Manila and Singapore! Dont miss the chance to catch the boys! Special thanks to @imemalaysia for the media invite #WINNERINKL #WINNERCROSSTOURinKL #CROSSTOURINinKL@501awani pic.twitter.com/vCJZhIQrOi
— Isabelle Leong (@IsabelleAWANI) January 18, 2020
Konsert WINNER [CROSS] Tour turut melibatkan enam lokasi yang lain seperti Seoul, Taipei, Jakarta, Bangkok, Manila dan Singapura.
Topic Berkaitan
#hari jadi
#Inner Circle
#Kang Seung Yoon
#konsert
#MyPrideWinner
#WINNER
#WINNER CROSS Tour in Kuala Lumpur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan