MUSIM cuti sekolah kini kembali!

Sudah pasti anda sudah merancang pelbagai aktiviti menarik untuk dilakukan sepanjang musim cuti ini dan ingin menonton pelbagai rancangan di televisyen bersama keluarga.

Sempena musim cuti sekolah, Astro mengambil inisiatif ini dengan melancarkan Astro Go Go Go.

Menurut Ketua Saluran Astro Ceria, Cecilia Wong kempen cuti sekolah Astro GO GO GO ini bertujuan untuk meraikan pelanggan setia Astro.

" Menerusi kempen cuti sekolah,‘Astro GO GO GO’, kami meraikan pelanggan yang sentiasa setia berada di sisi dengan menyajikan lebih dari 9,000 kandungan hiburan kanak-kanak terhebat di platform Astro GO dan On Demand, yang mana ia sedia untuk distrim pada bila-bila masa dan di mana sahaja anda berada," katanya dalam satu kenyataan.

Lebih dari 50 program-program eksklusif menanti penonton di saluran pelbagai bahasa Astro termasuk di saluran kanak-kanak nombor satu di Malaysia, Astro Ceria, saluran-saluran utama berbahasa Melayu (Astro Ria, Astro Warna, Astro Prima), dan saluran antarabangsa (HBO, Fox Movies, Disney, Cartoon Network, Nickelodeon, Warner TV).

Tidak ketinggalan, Astro turut menyediakan program-program menarik di saluran berbahasa Cina (Astro Xiao Tai Yang) dan saluran berbahasa India (Astro Vaanavil, Astro Vellithirai) bermula 23 November 2019.

Apa yang lebih menarik anda boleh menontonnya menerusi platform Astro GO dan On Demand, yang membolehkan anda untuk strim pada bila-bila masa dan di mana sahaja anda berada.