Tutup

"Dah berapa hari asyik teringat" - Mawar Karim

"Dah berapa hari asyik teringat" - Mawar Karim
Kisah Nishka mendapat perhatian ramai selepas pendedahan di media yang melaporkan bayi comel itu menderita kanser otak tahap empat sehingga hilang daya penglihatan dan tidak mampu untuk bersuara. - Foto Instagram
USAHAWAN selebriti, Mawar Karim sanggup menjelajah ke Kelantan bagi melawat bayi berusia empat bulan, Kyfa Nishka Al-Kautsar Mohd Farham.

Kisah Nishka mendapat perhatian ramai selepas pendedahan di media yang melaporkan bayi comel itu menderita kanser otak tahap empat sehingga hilang daya penglihatan dan tidak mampu untuk bersuara.

Difahamkan, bayi itu disahkan menghidap penyakit terbabit ketika berusia 21 hari selepas saiz kepalanya kelihatan lebih besar berbanding bayi seusia Nishka.

Mawar berkongsi kisah perjalanannya melawat Nishka di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian menerusi salah sebuah entri terbaru di laman Instagram miliknya.
"Unplanned trip to Kelantan. Ya Allah sembuhkan baby Nishka. Semoga ada sinar dalam hidup baby Nishka, tabah menghadapi dugaan dan lawan segala sakit.

"Ya Allah baby Nishka sangat cute,strong girl. Rezeki saya dapat berjumpa baby Nishka. Sejujurnya saya tidak rancang untuk datang Kelantan hari ini, asalnya next week tapi Alhamdulillah kita sebaik-baik rancang Allah tentukan.
"Dah berapa hari asyik teringat baby Nishka. Tanpa fikir panjang saya terus datang melawat," tulis Mawar.
 

Tambah pengusaha tudung jenama Fareeda ini lagi, dia tidak sanggup melihat bayi secomel itu menanggung derita kesakitan dan memohon agar orang ramai membantu Nishka.

"Setiap ujian dihadapi berbeza-beza. Cuba kita letakkan diri kita sebagai ibu baby Nishka. Ibu Nishka masih tersenyum walaupun masih simpan seribu suka duka. Saya sendiri tidak mampu melihat baby secomel ini menanggung derita kesakitan.

"Semoga baby Nishka sembuh, kembali ceria, macam baby lain. Insya-Allah selagi kami boleh membantu kita usaha kan. Nombor akaun CIMB 7002814262 Khairiah binti Kamarudin," tulis Mawar lagi.

Rata-rata netizen tersentuh dengan kemurnian hati Mawar yang datang ke Kelantan untuk melawat dan menjenguk keadaan Nishka.

Pengikut laman Instagram Mawar juga turut sama-sama mendoakan agar Nishka segera diberikan kesembuhan.

Untuk rekod, Mawar pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Fizo Omar pada 10 November 2013.

Jodoh Fizo dan Mawar putus di tengah jalan apabila pasangan itu bercerai talak satu pada 10 Julai lalu selepas enam tahun berkahwin.

Hasil perkongsian hidup Fizo dan Mawar, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam yang kini berusia dua tahun.


Tag: Mawar Karim, Kyfa Nishka Al-Kautsar Mohd Farham, Malaysia, usahawan selebriti, Hospital, Fizo Omar



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.