awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

David Bowie meninggal dunia akibat kanser

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
11/01/2016
08:09 MYT
David Bowie meninggal dunia akibat kanser
Mendiang yang mempelopori imej glam rock melancarkan album terbaharunya yang ke 26 iaitu Blackstar pada Jumaat lalu sebagai meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-69. - Foto Fail
PENYANYI dan juga pelakon legenda British David Bowie meninggal dunia hari ini pada usia 69 tahun selepas 18 bulan melawan kanser.
"David Bowie telah meninggal dunia dengan aman dan dikelilingi ahli keluarganya selepas 18 bulan bertarung dengan barah. Sementara ramai antara kalian meratapi kehilangan ini, kami mohon agar keluarganya diberikan privasi untuk menghadapi kesedihan ini," ujar satu kenyataan rasmi tentang pemergiannya.
Terdahulu, pengumuman tentang kematian tersebut telah dimuat naik dalam akaun Twitter dan Facebook rasmi Bowie, namun para peminat rata-ratanya kebingungan tentang sama ada berita itu benar atau palsu, kerana sebelum ini khabar palsu tentang kematiannya pernah tersebar.
January 10 2016 - David Bowie died peacefully today surrounded by his family after a courageous 18 month battle... https://t.co/ENRSiT43Zy
— David Bowie Official (@DavidBowieReal) January 11, 2016
Bagaimanapun, berita sedih itu disahkan pula oleh anak mendiang, Duncan Jones menerusi akaun Twitter miliknya.
Very sorry and sad to say it's true. I'll be offline for a while. Love to all. pic.twitter.com/Kh2fq3tf9m
— Duncan Jones (@ManMadeMoon) January 11, 2016
January 10 2016 - David Bowie died peacefully today surrounded by his family after a courageous 18 month battle with...
Posted by David Bowie on Sunday, January 10, 2016
Mendiang yang mempelopori imej glam rock baru saja melancarkan album terbaharunya yang ke 26 iaitu Blackstar pada Jumaat lalu sebagai meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke 69.
Selain menceburi bidang nyanyian dan penerbitan muzik, suami kepada peragawati Iman itu juga pernah membintangi beberapa buah filem seperti Labyrinth, The Prestige dan The Man Who Fell To Earth.
Klip video 'Let's Dance' dendangan David Bowie Sedutan filem 'Labyrinth' lakonan mendiang pada tahun 1986.
Topic Berkaitan
#David Bowie
#Lagenda
#meninggal dunia
#penyanyi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan