SELAIN menantikan siapa yang bakal memenangi anugerah, sudah pasti kita akan ternanti-nantikan persembahan pada setiap majlis berprestij seperti Anugerah Emmy.

Kali ini, penyanyi pop sensasi, Halsey yang popular dengan lagu Without Me telah berjaya mencuri tumpuan penonton pada malam yang berlangsung di Microsoft Theater, Los Angeles, Amerika Syarikat, pada Ahad.

Sebagai sebahagian daripada penghargaan buat mereka yang telah pergi, Halsey telah menyampaikan lagu popular daripada penyanyi lama, Cyndi Lauper iaitu Time After Time.

Lagu nyanyian Halsey dengan iringan piano telah menyentuh hati penonton disamping mereka dipertontonkan gambar-gambar mereka yang pernah mewarnai industri seni.

Halsey menyanyikan lagu Time After Time dengan iringan piano.

Antara bintang yang diberi penghormatan ialah Katherine Helmond, Tim Conway, Gloria Vanderbilt, Penny Marshall, Luke Perry, Peter Fonda, Stan Lee, dan Rip Torn.

Peminat begitu teruja dapat melihat Halsey diberikan peluang untuk membuat persembahan bagi segmen istimewa tersebut.

Ini antara reaksi peminatnya di media sosial.