Tutup

Diana Danielle kongsi keperitan hadapi anxiety attack

Diana Danielle kongsi keperitan hadapi anxiety attack
Diana Danielle berkongsi pengalamanya berhadapan dengan masalah insomnia di laman Instagram pada Sabtu.
PELAKON Datin Diana Danielle berkongsi detik mencemaskan apabila diserang 'anxiety attack' yang lebih dikenali sebagai gangguan kebimbangan atau keresahan.
 
Isteri aktor Datuk Farid Kamil itu berkongsi pengalaman itu menerusi satu posting di Instagramnya yang dimuat naik pada Sabtu.
 
Menurut Diana, dia diserang 'anxiety attack' sekitar dua minggu lalu apabila simptom penyakit itu muncul satu persatu.
 
"Saya berpeluh, insomnia yang teruk, gelisah dan kehilangan selera makan. Saya fikir saya boleh melawannya," katanya.
 
Menurut Diana lagi, dia kemudian mula mengalami asma dan pernafasan yang terhad tiga hari lalu.
 
"Dada terasa ketat dengan pernafasan sangat minumum. Jadi sekarang saya sedang berlawan untuk bernafas dengan mudah.
 
"Saya akan kongsikan pengalaman ini untuk membantu sesiapa saja yang mengalami nasib sama. Masalah 'anxiety attack' sangat real dan menyakitkan.
 
"Bayangkan ia mengambil separuh nafas anda selama tiga hari," katanya pada posting tersebut.
 
Mengjengah ke ruang komen, rata-rata warganet dilihat turut berkongsi kisah dan pengalaman mereka mengadapi penyakit tersebut.
 
Tidak kurang juga yang tampil memberi nasihat serta panduan untuk menangani masalah berkenaan.
 
Selain itu rakan artis juga tidak ketinggalan memberi komen positif yang mendoakan kesihatan Diana pulih.
 
Antaranya termasuklah Mawar Rashid, Sherry Alhadad, Uyaina Arshad dan Daiyan Trisha.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

I had what seems like an anxiety attack that started about 2 weeks ago, symptoms propped up one after another, excessively sweaty palms, severe insomnia, racing heatbeat, restlessness, loss of appetite. I knew it was impending on me but I thought I could fight it. 3 days ago I started having asthmatic symptoms, tightening of the chest and very shallow breathing, today my ribs and the muscles around my back are starting to ache from just trying to get a full breath. So right now I’m still struggling to breathe with ease... once I recover I’d like to share my experience with hopes that it’ll be helpful if anyone out there is going through the same thing. Anxiety is F-ing real, and it F-ing hurts and affects your livelihood. Imagine taking half breaths for 3 days? It just feels like you’re drowning in your own body. . . i know i look happy in the video; i normally am a cheerful girl but today I broke down crying a couple of times sebab nafas tak puas. So it’s not an easy few days — but let’s see how this subsides. InsyaAllah...

A post shared by Diana Danielle (@dianadanielleb) on

 

Tag: Diana Danielle kongsi keperitan hadapi anxiety attack, Diana Danielle, anxiety attack, asma, berpeluh, Instagram


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.