PEMAIN bass kumpulan Search, Nasir Daud meluahkan rasa kecewa dengan kecaman netizen terhadap tindakannya memberikan wang hantaran RM50,000 kepada isterinya, Noraziah Saadon berbanding keprihatinan terhadap nasib pemain dram mereka, Yazit Ahmad.
Menerusi laporan Harian Metro, Nasir menyifatkan perkahwinan merupakan perkara peribadi dan sesuatu yang berkaitan dengan tuntutan agama.
"Ia tidak boleh diambil sambil lewa. Saya bukan nak bermegah dengan wang hantaran, tetapi apabila bernikah dan ditanya perkara sebegini, kenalah dedahkan.
“Lagipun bukan saya yang umumkan perkara ini, tetapi kenyataan ini datang daripada Jabatan Agama Islam Johor. Kalau saya tidak cakap pun orang lain yang akan cakap,” katanya.
Nasir berkata tindakan yang dilakukannya tidak perlu dikaitkan dengan isu Yazit kerana banyak cerita belakang tabir mengenai kebajikan dilakukan oleh anggota Search kepada Yazit tidak diketahui ramai.
“Apa yang saya dan kawan lain buat sebelum ini, mendapatkan wang untuk Yazit tidak pernah didedahkan kepada umum.
“Contohnya, saya berusaha mendapatkan tuntutan royalti untuk anggota Search. Saya buat seorang diri dan lebih suka ‘low profile’, tahu-tahu duit dah sampai ke tangan semua anggota.
“Orang tidak tahu saya buat benda ini untuk Yazit. Kami buat tuntutan royalti, dia akan dapat juga. Kami tidak menafikan haknya,” katanya.
Menurutnya, biarpun bukan dia yang menyampaikan sumbangan itu secara terus, Yazit tetap merasa hasil yang diusahakan olehnya.
“Dia pasti akan dapat. Saya tidak berhenti untuk mengusahakan segala hak dan tuntutan atas nama Search. Kami dapat dan Yazit pun akan merasa.
“Mungkin ada sebab yang menjadikan isu ini tidak dihentikan. Ada beberapa pihak di luar sana yang menggunakan nama Yazit untuk buat kutipan dan persembahan amal.
“Jadi nampak macam kehidupan Yazit teruk dan amat memerlukan wang sedangkan Search sebenarnya ada cara tersendiri untuk bantu dia,” katanya.
Gempak
Thu May 09 2019
Nasir berkata tindakan yang dilakukannya tidak perlu dikaitkan dengan isu Yazit kerana banyak cerita belakang tabir mengenai kebajikan dilakukan oleh anggota Search kepada Yazit tidak diketahui ramai. -Foto Gempak
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
Sultan Johor terima kunjungan Amy, kumpulan Search
Amy turut mempersembahkan cenderahati berupa piring hitam album beliau, Gothik Malam Edan kepada Sultan Ibrahim.
Berdepan risiko mati mengejut, Bob Lokman tidak putus asa cari penawar
Bob Lokman akan jalani prosedur memasang alat Implantable Automatic Cardioverter Defibrilator (IADC) di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.
Nasir terkilan Amy tak sempat beri penghormatan terakhir kepada Yazit
Pemain bass Search, Nasir Taib mengakui terkilan Amy tidak sempat pulang dari Jakarta, bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Yazit Ahmad yang meninggal dunia pagi tadi.
'Walaupun dia rockers, dia tak sambut Hari Ibu & Hari Bapa' - Lepas muat naik posting ni, Nabila Huda 'balas' mak tiri!
Alamak! Dah berperang pula.