awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Bekas KP Perisikan Pertahanan didakwa terima suapan AS$20,000, tiket penerbangan
JIM tahan 19 wanita warga asing, bongkar pusat kecantikan tawar khidmat tidak bermoral
Polis Melaka tumpas sindiket penipuan pelaburan palsu didalangi warga China
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dijangkiti influenza A, Neelofa mohon maaf terpaksa batal semua temu janji

Gempak
Gempak
21/08/2019
22:54 MYT
Dijangkiti influenza A, Neelofa mohon maaf terpaksa batal semua temu janji
Usahawan berjaya itu turut memberitahu dia kini dikuarantin selama seminggu di sebuah hospital di ibu kota.
PENGACARA popular, Neelofa, terpaksa memohon maaf kepada semua kerana terpaksa membatalkan semua temujanjinya kerana terkena jangkitan Influenza A.
Perkara tersebut dikongsi admin laman Facebook rasmi Neelofa, menerusi sebuah kenyataan pada malam Rabu.
Usahawan berjaya itu turut memberitahu dia kini dikuarantin selama seminggu di sebuah hospital di ibu kota.
"Dengan rendah hati saya ingin memohon maaf kepada semua pelanggan, rakan kongsi dan mereka yang sudah membuat temujanji dengan saya sepanjang minggu ini.
"Saya terpaksa menolak semua jemputan majlis dan kunjungan pelawat ke hospital kerana khuatir jangkitan berlaku,” katanya.
BACA: Selamat berlepas ke Jeddah, Neelofa bersyukur dapat selesaikan isu visa
Tambahnya lagi, dia mula menyedari dirinya kurang sihat sebaik sahaja pulang dari mengerjakan ibadah haji baru-baru ini.
Setibanya di Kuala Lumpur, Neelofa bergegas ke hospital untuk menjalani pemeriksaan dan mendapati dirinya sudah dijangkiti.
BACA: 'Tak dapat berangkat ke Jeddah atas masalah visa...' - Neelofa
Dalam pada itu Neeloga turut memohon agar orang ramai mendoakan kesihatannya.
"Semoga saya kembali sihat dan boleh kembali bekerja seperti biasa," katanya.
BACA: Ini sebabnya kenapa Zizan Razak terima sejambak bunga daripada Neelofa
Topic Berkaitan
#artis
#Facebook
#Haji
#Hospital
#Influenza A
#jangkitan
#kuarantin
#Neelofa
#selebriti
#Tanah Suci
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan