awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
25 mayat ditemukan dalam operasi SAR tanah runtuh di Bandung Barat
Polis terima lima laporan kanak-kanak dipukul di tadika, dua penjaga ditahan
Masters Indonesia: Tang Jie-Ee Wei curi tumpuan, martabat Bahasa Melayu dalam wawancara Bahasa Inggeris
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ditawar filem Indonesia: "Raffi Ahmad DM saya di Instagram" - Zizan Razak

Gempak
Gempak
09/04/2018
08:25 MYT
Ditawar filem Indonesia: "Raffi Ahmad DM saya di Instagram" - Zizan Razak
ZIZAN: "Rugilah kalau saya tolak! Jadi saya terus katakan ya dan sepanjang sebulan saya di Indonesia merupakan pengalaman berharga buat saya." - Foto Instagram
DIAM DIAM ubi berisi! Pelakon, pelawak dan pengacara popular Zizan Razak mendedahkan dia menerima lamaran berlakon filem di Indonesia di bawah produksi Raffi Ahmad.
Kata Zizan, dia dihubungi sendiri oleh pelakon terkenal Indonesia itu untuk membintangi naskhah terbaharunya beberapa bulan lalu.
"Dia DM (direct message) saya di Instagram dan memperkenalkan dirinya Raffi Ahmad. Saya terkejut pada mulanya.
"Kemudian dia menawarkan saya untuk berlakon sebuah filem komedi romantik terbitannya sendiri.
"Rugilah kalau saya tolak! Jadi saya terus katakan ya dan sepanjang sebulan saya di Indonesia merupakan pengalaman berharga buat saya," katanya kepada Astro Gempak.
Kami bersahabat bukan sahaja di movie tetapi lebih besar jujur kami diluar. Thanks bro for bring me here. @raffinagita1717 #indonesia #movie #love #friendships
A post shared by Z I Z A N R A Z A K (@zizanrazak869) on
Mar 26, 2018 at 9:50am PDT
Filem yang masih dirahsiakan judulnya itu turut dibintangi oleh Cut Meyriska dan Marsha Aruan.
Zizan sebelum ini pernah ditawarkan untuk membintangi filem produksi Indonesia namun terpaksa menolak kerana jadual terlalu padat.
Anugerah MeleTOP Era (AME2018) telah menobatkan Zizan sebagai Artis Lawak MeleTOP mengalahkan Fikry Ibrahim, Kamal Adli, Jep dan Sharifah Sakinah.
AME2018 menyaksikan Zizan sebagai artis yang paling banyak mendapat teralon untuk Top 5 Fesyen MeleTOP, Bintang Filem MeleTOP, Filem MeleTOP dan Artis Lawak MeleTOP.
Teks oleh: Amri Hassan
Topic Berkaitan
#Astro
#Astro Gempak
#filem
#Indonesia
#Instagram
#Meletop
#Raffi Ahmad
#Zizan Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan