"Ditengking, dihalau pihak berkuasa..." Heliza cerita pengalaman terkandas di Gaza

"Ditengking, dihalau pihak berkuasa..." Heliza cerita pengalaman terkandas di Gaza
Heliza dan delegasi Malaysia melalui saat-saat yang sulit ketika ditahan tentera Mesir di Gaza. - Gambar fail
PENYANYI terkenal dan aktivisi kemanusiaan, Heliza Helmi berhadapan dengan cabaran perit dalam usaha menyalurkan bantuan kepada mangsa di Gaza.

Paling mendebarkan ialah dia beserta rombongan delegasi Malaysia yang menjalankan misi  #wakeupforgaza ditahan tentera Mesir.

Dalam entri di laman Instagramnya, Heliza, 33, berkongsi pengalaman terkandas berjam-jam semalam di Rafah sebelum diarahkan berpatah balik semula ke Gaza.

Heliza dan rombongan berkenaan terpaksa bermalam di Gaza sebelum mencuba lagi untuk keluar pagi ini.
Sudahlah ditahan pihak berkuasa, cuacana panas sehingga mencecah angka 50 darjah Celcius di bumi anbiya itu juga benar-benar mencabarnya dan rakan-rakan aktivis.

Apa yang menyentuh emosi juga ialah, dalam keadaan darurat itu, dia bersama delegasi lain terpaksa tidur beramai-ramai di Rafah dalam keadaan sesak dan tiada bekalan makanan serta minuman.

"Memang langsung tak ada kedai. Makna kata, takda makanan, tak ada minuman," tulis Heliza.

Selain diberi layanan yang kasar oleh pihak berkuasa di sana, selama berjam-jam itu mereka juga terputus hubungan dengan keluarga di tanah air kerana tiada jalinan internet.

"Masa nak bagi pasport, kena tengking dengan pihak berkuasa, beratur panjang-panjang, then kena halau, then kena beratur lagi kena marah lagi. Sistem suka hati mereka namanya," cerita Heliza lagi.


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Delegasi Malaysia Terkandas ! _ Tiada jaminan boleh masuk atau keluar di GAZA ini ! Inilah realiti kehidupan bumi di namakan GAZA PALESTINE _ Nak tembusi masuk ke Gaza sahaja perjalanan ambil masa lebih 16 jam ( check point demi chedengan tiada kemudahan tempat makan minum hatta , tandas . Mencabar? Wallahi memang mencabar. 16 jam tak pergi tandas super mencabar Ya Rabb _ Saya kongsikan keadaan di Rafah: Nak masuk Rafah sahaja penuh cabaran, lepas di periksa oleh penguatkuasa, di tempat yang sama kami berada, nanti datang lagi pihak berkuasa periksa dan periksa, dan kami perlu menunggu dan menunggu dan menunggu 1. Keadaan di Rafah panas sepanas panasnya, macam tadi 50 darjah celcius , terkepung dengan ramai orang dengan kawasan yang sempit , tak ada tingkap , tak ada kipas, aircond apatah lagi, solat memang di atas lantai yang berdebu dan penuh sampah . 2. Memang langsung tak ada kedai. Makna kata, takda makanan , tak ada minuman. Video awal- awal tu, masa kami baru sampaj bekalan makanan masih ada, macam tadi roti semua dah habis, air pun dah habis, bayangkan kalau stranded berhari-hari, memang langsung tak ada makan minum semua . 3. Line internet langsung tak ada . 4. Masa nak bagi passport, kena tengking dengan pihak berkuasa, beratur panjang-panjang, then kena halau, then beratur lagi kena marah lagi. Sistem suka hati mereka namanya . 5. Macam tadi ada yang cedera, dengan anak kecil, duduk di atas lantai dengan muka merah berpeluh peluh, menanti penuh harapan dapat keluar, namun menunggu dan terus menunggu dengan kelaparan kehausan, peluh banjir . 6. Suddenly mereka bagitau kami tak boleh keluar hari ini macam tu je . Kami kena stay sahaja di Rafah tidur la beramai-ramai di Rafah tak da makan minum dan udara, kerana ramai dan penuh sesak MasyaAllah . Setelah beberapa jam, kami di minta untuk patah balik ke GAZA . 7. Kami tak tahu bila kami akan pulang,kepada semua saya mohon maaf salah silap saya kepada semua


Lantaran tidak jelas bagaimana situasi yang akan dihadapi, Heliza dalam entri itu turut menulis nota memohon maaf kepada semua pihak.

“Kami tak tahu bila kami akan pulang, kepada semua saya mohon maaf salah silap saya kepada semua”, tulis Heliza lagi.

Heliza bersama anggota rombongan berangkat menuju Gaza pada 10 Julai lalu.

Tag: Ditengking dihalau pihak berkuasa, Heliza cerita pengalaman terkandas di Gaza, Heliza Helmi, Gaza, Rafah, Palestin


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.