Perceraian antara pelakon dan usahawan Fizo Omar dengan bekas isterinya Mawar Abdul Karim bukannya pengakhiran sebaliknya ia satu permulaan.
Demikian jelas Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 34 tahun, dalam perkongsiannya di akaun Instagram miliknya pada petang Rabu.
Menerusi kapsyen, Fizo berterima kasih kepada semua kawan media, netizen dan peminat yang mendoakan terbaik buat mereka berdua meskipun rumah tangga pasangan itu berakhir dengan perceraian hari ini.
BACA: Fizo, Mawar bercerai talak satu
"Apa yang berlaku antara saya dan Mawar ini adalah dgn izin-Nya. Setelah pelbagai usaha dilakukan, kami bersepakat untuk berpisah dengan cara baik. Sesiapa yang berumahtangga mengharapkan kebahagiaan hingga ke akhir hayat.
"Tapi perancangan Allah untuk kita adalah yang terbaik, saya terima dengan takdir ini dan saya percaya Allah tidak pernah zalim kepada hamba-Nya dan setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya.
"Kita sebagai manusia haruslah memandang ke arah hikmah yang positif dan jangan sesekali bersangka buruk kepada takdir-Nya." ujar Fizo.
Tambah pelakon itu, meskipun statusnya bersama bekas isteri telah berakhir namun ia bertukar kepada co-parent kepada zuriat mereka Wan Maryam Wan Hafizol.
Terdahulu, Fizo melafazkan cerai talak satu di hadapan Hakim Syarie Che Abdullah Che Hassan di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat.
Dia membuat permohonan mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 pada 17 Jun 2019.
Dalam prosiding itu, Fizo tidak diwakili peguam syarie manakala Mawar diwakili peguam syarie Zulkifli Che Yong dan Syamimi Ab Rahman.
Fareez Azman
Wed Jul 10 2019
Fizo berterima kasih kepada semua yang mendoakan beliau dan Mawar meskipun sah bercerai talak satu pada rabu
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Malaysia-Jepun tekad perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perjanjian persefahaman dapat membuka peluang kepada pemain sektor pembinaan Malaysia meneroka pasaran Jepun selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dengan kedua-dua negara adalah ahlinya.
Hati-hati akaun fleksibel, guna sewaktu persaraan - Pakar
Pencarum seharusnya lebih berhati-hati dan merancangan kewangan dengan lebih baik susulan pengenalan akuan fleksibel Kwsp yang baharu.
Nahas helikopter Lumut: Jasad Sivasutan selamat disemadikan
Jasad mendiang turut diberikan kawalan kehormat oleh 14 pegawai dan anggota TLDM sebagai penghormatan terakhir.
Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin
Muhyiddin memohon bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengembalikan semula empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Seorang lelaki dan wanita maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Pahi, pada Rabu.
Rumah tangga Gwen Stefani bergolak?
Selebriti berusia 54 tahun tersebut menjawab spekulasi yang bertebaran.
Isteri umum suami curang di papan iklan, netizen anggap gimik pemasaran
Tindakan sang isteri bernama Shin Yi itu bertujuan mahu menyampaikan pesanan kepada suami, Kevin Teoh Chee Sing dan menuntut perceraian.
Engku Emran, Noor Nabila sah cerai talak satu
Kakak kepada selebriti terkenal, Neelofa Mohd Noor, Noor Nabila sah bercerai talak satu dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada Isnin.
Engku Emran, Noor Nabila bakal bercerai
Kakak pengacara dan usahawan terkenal Neelofa, iaitu Noor Nabila memaklumkan dia dan suami, Engku Emran Engku Zainal Abidin, bakal bercerai dalam waktu terdekat.
Cerai Diana Danielle: 'Terima kasih semua yang mendoakan' - Farid Kamil
Farid mengucapkan terima kasih buat semua yang mendoakannya.
Farid Kamil tak hadir mahkamah, cerai Diana Danielle melalui Google Meet
Diana Dianelle akhirnya bercerai talak satu dengan aktor dan pengarah, Farid Kamil kira-kira jam 3.22 petang tadi di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, Selangor.
Tiada kaitan pihak ketiga, Aziz M Osman bercerai dengan Puteri Lily Lokman
Pengarah terkenal Aziz M. Osman sah bercerai dengan isterinya, Puteri Lily Lokman awal bulan lalu.
Kahwin? Masih dalam perancangan.. saya akan jemput Ellie Suriaty - Azri Iskandar
Niat tersebut belum dapat direalisasikan kerana Azri masih lagi belum mempunyai wang belanja yang mencukupi.
Kes cerai: Mahkamah Syariah Perlis laksana perbicaraan tertutup bermula Julai
Keputusan dibuat melalui arahan Ketua Hakim Syarie Perlis setelah dipersembah maklum dan diperkenankan oleh Tuanku Syed Faizuddin.
Bercerai dengan Puteri Sarah: "Tiada dendam, ini ujian hidup, saya reda" - Syamsul
Syamsul reda dengan apa yang berlaku dengan harapan ia akan membawa kebaikan kepada kedua-dua belah pihak.