awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
OIC akan adakan mesyuarat luar biasa mengenai Somalia pada Sabtu
Pegawai kapal dipenjara sebulan, denda sebabkan kecederaan kadet maritim
Bekas Panglima Tentera Darat, dua isteri ditahan SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dongeng kebersamaan masyarakat majmuk

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
23/09/2019
03:30 MYT
Dongeng kebersamaan masyarakat majmuk
Ini merupakan penyertaan kali kedua Segaris Art Center untuk pameran sempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia. - Gambar ihsan Nizam Rahmat
KEBERSAMAAN masyarakat majmuk menjadi tema pilihan Pameran Sama-Sama ketika suara-suara perkauman yang memecahbelahkan akibat kedangkalan sesetengah pihak.
Ketika seluruh negara merayakan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, Segaris Art Center, Fergana Art dan Artemis Art bergabung bersama United Engineers Malaysia (UEM) pemilik Publika menganjurkan Pameran Sama-Sama.
Menurut kurator, Jaafar Ismail, kebiasaannya jika pameran terkait Hari Merdeka atau Hari Malaysia, imej-imej bendera atau bangunan-bangunan yang mempunyai nilai sejarah akan menjadi fokus.
Namun, menurut Jaafar pameran Sama-Sama bertujuan untuk meraikan rakyat Malaysia yang telah menyumbangkan, dengan cara mereka sendiri, ke arah pembinaan negara.
"Saya kurangkan minat seniman ke arah itu, saya mahu menunjukkan tentang manusia, tentang penduduk di Malaysia, apakah yang membangunkan Malaysia, the people, semangat manusia," katanya.
Pameran Sama-Sama ini merupakan penyertaan kali kedua Segaris Art Center di White Box Publika sempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia.
Wakil Segaris Art Center, Nizam Rahmat, kebanyakan artis-artis muda yang dipilih berdasarkan karya mereka terhadap Malaysia ketika ini.
"Itu quite interesting, saya rasa kalau kita ambik yang muda, dia ada pandangan dia, pandangan dia kadang-kadang lebih jujur," katanya.
Bagi artis muda, Haz Yusup, karya-karya yang dipamerkan merupakan pandangannya sebagai orang muda tentang kebebasan yang dicari.
"Apa itu kebebasan bagi seorang Malaysia, dan seorang pemuda atau siapa-siapa dalam masyarakat tak kira umur, kebebasan ini ertinya sangat berbeza bagi setiap orang, semua pandangan berbeza," katanya.
Pameran Sama-Sama yang berlangsung di White Box Publika baru-baru ini turut mendapat kerjasama Arkib Negara.
Topic Berkaitan
#lukisan
#Nizam Rahmat
#pameran
#publika
#Sama-Sama
#Segaris Art Center
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan