Aplikasi hiburan dan gaya hidup baharu iaitu SYOK kini menawarkan drama audio seram pertama dalam bahasa Melayu berjudul SYOK Remang.

Drama audio itu bukan hanya menghiburkan malah unik dan provokatif apabila jalan cerita diolah cukup mendebarkan para pendengar.

Menurut Penolong Naib Presiden Komunikasi Astro, Natasha Alison, kisah-kisah yang dipaparkan dalam SYOK Remang turut menyentuh isu-isu sosial yang sering berlaku dalam kalangan masyarakat.

"Mesej di hujung cerita SYOK Remang ini boleh dijadikan sebagai renungan dan teladan," katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.

Terdapat lima episod SYOK Remang dan kesemuanya ditulis dan disuarakan oleh penulis buku, Rosie Haslinda Nasir.

Para peminat boleh mendengar episod pertama drama audio seram dalam aplikasi SYOK, kategori SYOKCasts.

Episod SYOK Remang seterusnya boleh didengari menerusi aplikasi sama setiap Khamis.