awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Kit ujian kehamilan disimpan sebagai kenangan? Amalan nampak manis tapi sebenarnya berisiko
Fasa pertama pilihan raya umum Myanmar selesai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Drama 'Curi-Curi Cinta' pecah rekod dengan 7.5 juta tontonan

Afiq Ariffin
Afiq Ariffin
28/06/2019
11:57 MYT
Drama 'Curi-Curi Cinta' pecah rekod dengan 7.5 juta tontonan
Di platform digital, drama Curi-Curi Cinta juga berjaya mengumpul 11 juta tontonan dengan 3.2 juta pada waktu puncak.
BUAT penggemar drama bersiri Melayu terutamanya di slot MegaDrama Astro Ria, pasti anda tahu drama adaptasi novel berjudul “Curi-Curi Cinta”.
Disiarkan sejak 29 April yang lalu, drama ini berjaya memperoleh 7.5 jumlah tontonan sekali gus menjadikan ia drama bersiri nombor satu pada tahun ini.
Mempamerkan gandingan mantap pasangan Aiman Hakim Redza dan Zahirah Macwilson, dengan dibantu Talha Harith, Uyaina Arshad, Melanie Tan, Adam Lee, Fauziah Nawi, Ku Faridah dan Farisha Irwayu, drama ini telah berjaya mencuri tumpuan dan meniti di bibir kalangan peminat drama Melayu.
BACA: Aiman Hakim dan Zahirah Macwilson sah bertunang
Drama Curi-Curi Cinta
Drama Curi-Curi Cinta
Dengan menjadikan Hari Raya Aidilfitri sebagai satu tempoh yang kompetitif, Curi-Curi Cinta juga berjaya meletakkan ia di kedudukan tontonan tertinggi semasa musim perayaan itu.
Sementara itu, di platform digital, drama popular ini juga berjaya mengumpul 11 juta tontonan dengan 3.2 juta pada waktu puncak.
Malah, soundtrack rasmi drama bertajuk “Terlalu Memuja” yang dinyanyikan Wany Hasrita turut menjadi permintaan untuk dimainkan di stesen radio EraFM.
Ia setakat ini memperoleh 3.6 juta tontonan di laman YouTube.
BACA: Alami masalah kesihatan, watak Ku Faridah dalam Curi-Curi Cinta diganti Laila Nasir
Topic Berkaitan
#Aiman Hakim Redza
#Astro Ria
#Curi-Curi Cinta
#drama bersiri
#MegaDrama
#Zahirah MacWilson
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan