awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MINDEF arah ATM siasat dakwaan budaya tidak bermoral dalam kem tentera
Perutusan Tahun Baharu PM: Apa hala tuju Malaysia?
Ringgit dibuka rendah didorong langkah elak risiko tingkatkan dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua filem tunggu tarikh tayangan, Aaron Aziz mahu fokus kepada keluarga pada 2017

Gempak
Gempak
12/01/2017
07:28 MYT
Dua filem tunggu tarikh tayangan, Aaron Aziz mahu fokus kepada keluarga pada 2017
Pelakon drama bersiri Tuan Anas Mikael ini bakal muncul dengan dua filem terbaru yang menanti masa untuk ditayangkan di pawagam tahun ini. - Astro Gempak
PELAKON terkenal Aaron Aziz mahu memberikan lebih fokus kepada keluarga pada tahun 2017.
Mengecapi populariti sebagai pelakon di Malaysia, Aaron tidak mempunyai rancangan yang mahu dicapai pada tahun ini.
"Jika ditanya soal apa yang saya mahu capai pada tahun 2017, sejujurnya, saya tidak meletakkan sebarang sasaran.
"Saya cuma mahu meneruskan hidup saya dan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa.
"Anak-anak saya pun semakin membesar, jadi kalau boleh, saya mahu memberikan fokus kepada famili," kata Aaron kepada Astro Gempak.
Ketika ditanya adakah Aaron bakal memperlahankan rentak kerjaya pada tahun ini, pelakon filem Ombak Rindu itu percaya kepada ketetapan rezeki.
"Saya yakin, aturan kerjaya dan rezeki itu tidak ke mana-mana. Rezeki itu sudah ditentukan oleh Allah.
"Saya percaya yang jika kita mengutamakan keluarga dalam kehidupan, rezeki itu bakal datang sendiri, Insya-Allah," katanya lagi.
Dalam perkembangan terbaru, Aaron muncul dalam drama bersiri Isteri Tuan Ihsan yang baru sahaja selesai ditayangkan di Astro Ria dan Astro Ria HD.
Pelakon yang sebelum itu mencuri perhatian melalui drama bersiri Tuan Anas Mikael itu juga bakal muncul dengan dua filem terbaharu yang menanti masa untuk ditayangkan di pawagam tahun ini.
Filem bertajuk Kau Yang Satu arahan Osman Ali menyaksikan gandingan Aaron bersama Izara Aishah dan Soo Wincci manakala filem bertajuk Sayu Yang Syukur menampilkan gandingan Aaron bersama Nora Danish.
Sayu Yang Syukur merupakan filem kedua arahan Aaron selepas filem Romeo Kota yang ditayangkan pada 2015.
Topic Berkaitan
#Aaron Aziz
#artis malaysia
#Kau Yang Satu
#sayu yang syukur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan