awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
HPUSM tawar pembelajaran teknologi robotik bagi pembedahan lutut
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua malam konsert Westlife di Malaysia Ogos ini!

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
21/03/2019
11:15 MYT
Dua malam konsert Westlife di Malaysia Ogos ini!
Westlife kembali bersatu September tahun lalu. - Twitter @westlifemusic
NAMPAKNYA hasrat peminat di Malaysia untuk menyaksikan kumpulan boyband antarabangsa, Westlife, beraksi sekali lagi di Malaysia akan tercapai tidak lama lagi.
Kumpulan itu mengumumkan beberapa tarikh untuk konsert jelajah The Twenty Tour melalui akaun Instagram pada Khamis, dan Malaysia antara destinasi yang akan disinggahi mereka.
Westlife akan mengadakan konsert di Stadium Malawati, Shah Alam pada 8 dan 9 Ogos ini.
Selain Malaysia, kumpulan yang kini dianggotai Shane Filan, Mark Feehily, Nicky Bryne dan Kian Egan itu akan turut singgah di Thailand, Filipina, Indonesia dan Singapura.
Kali terakhir Westlife hadir dan mengadakan konsert sebagai sebuah kumpulan di negara ini ialah pada 2011, yang merupakan sebahagian daripada konsert jelajah The Gravity Tour.
Kumpulan itu mengumumkan pembubaran mereka setahun selepas itu, sebelum kembali bersatu September tahun lalu.
View this post on Instagram
We are beyond excited to be going on tour to Asia this Summer! Stay tuned for ticket details and on sale dates - coming soon!
A post shared by Westlife (@westlife) on
Mar 20, 2019 at 9:02pm PDT
Topic Berkaitan
#Asia
#Instagram
#konsert
#Malaysia
#shah alam
#The Twenty Tour
#Westlife
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan