awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EDMA 2018: Undian bermula sekarang

Malik Ridhwan, Asyraf Roslan
Malik Ridhwan, Asyraf Roslan
14/01/2019
07:24 MYT
EDMA 2018: Undian bermula sekarang
Peminat boleh mula mengundi bagi artis pilihan dalam enam kategori di laman web edma.era.je.
ERA Digital Muzik Awards (EDMA 2018) kembali lagi buat tahun ketiga.
Bermula 14 Januari hingga 23 Januari 2019, peminat boleh mula mengundi bagi memilih pemenang dalam enam kategori yang dipertandingkan melalui laman web edma.era.je.
Tujuh kategori dipertandingkan dalam EDMA 2018, antaranya Penyanyi Kolaborasi Terbaik, Temubual Terbaik Carta ERA 40 dan Lagu Paling Lama Dalam Carta ERA 40.
Tiga kategori baharu yang diperkenalkan dalam edisi kali ini iaitu Lagu Paling Viral, Penyanyi Paling Lit di Media Sosial dan Video Muzik Paling Lit.
Terdahulu pada Isnin, ERA mengumumkan senarai Top 5 EDMA 2018 bagi kesemua kategori selepas fasa pertama undian dijalankan dari 31 Disember 2018 hingga 13 Januari 2019.
Menurut Pengurus Kandungan ERA, Dhan Andreas, EDMA 2018 terus diadakan apabila menerima sambutan amat memberangsangkan sejak edisi pertama tiga tahun lalu.
“Respon yang kami terima daripada peminat sejak 2016 sangat mengalakkan. Kita di zaman digital sekarang, kami mahu peminat merasai pengalaman menonton anugerah ini di platform media sosial, sama seperti pergi ke panggung wayang.
“Jadi peminat boleh menyaksikan EDMA 2018 melalui Facebook LIVE ERA,” katanya ketika ditemui Astro AWANI di majlis pengumuman Top 5 EDMA 2018 di sini.
Beliau menambah, sambutan hangat daripada peminat ERA untuk artis-artis viral di media sosial membuktikan mereka mempunyai potensi dan bakat yang mampu memberi perubahan penting kepada industri hiburan Malaysia.
Antara artis yang tercalon dalam setiap kategori ialah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Hael Husaini, Khai Bahar, dan Sara Suhairi.
Untuk maklumat lanjut mengenai EDMA 2018, ikuti laman sosial ERA di Facebook, Twitter dan Instagram sertai layari www.era.je
Senarai Top 5 EDMA 2018 (Nota: Hanya enam kategori dibuka untuk undian)
Lagu Paling Viral
  • Haqiem Rusli - Selamat Tinggal Sayang
  • Datuk Seri Siti Nurhaliza - Anta Permana
  • Sufian Suhaimi - Dihatimu
  • Hael Husaini - Hajat
  • Faizal Tahir - Ragaman
Penyanyi Kolaborasi Terbaik
  • Haqiem Rusli dan Aman RA - Jatuh Bangun
  • Syamel dan Ernie Zakri - Aku Cinta
  • Tajul dan Wany Hasrita - Rindu Dalam Benci
  • Ryan Deedat dan Sandra - Salimah
  • Floor 88 dan Baby Shima - Roadblock Hatiku
Muzik Video Paling Lit
  • Andi Bernadee - Satu Peluang
  • Zizan Razak - Kau Takkan Tahu
  • Floor 88 - Roadblock Hatiku
  • Ismail Izzani - Bidadari
  • Sarah Suhairi - Nyawa Raga
Penyanyi Paling Lit di Media Sosial
  • Khai Bahar
  • Kucaimars
  • As'ad Motawh
  • Hael Husaini
  • Sarah Suhairi
Temubual Terbaik Carta ERA
  • Haqiem Rusli
  • Wany Hasrita
  • Ara Johari
  • Sarah Suhairi
  • Sufian Suhaimi
Penyanyi Pilihan DEEJA
  • Ariff Bahran
  • Ayda Jebat
  • Ismail Izzani
  • Faizal Tahir
  • Syamel
Lagu Paling Lama dalam Carta ERA 40 (Kategori ini tidak dibuka untuk undian)
Topic Berkaitan
#Dhan Andreas
#EDMA 2018
#era
#ERA Digital Muzik Awards
#Hael Husaini
#hiburan
#Khai Baha
#media sosial
#Sara Suhairi
#Siti Nurhaliza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan