PELAKON dan pengarah Tam Suhaimi memberitahu filem The Garden of Evening Mist merupakan sebuah karya yang menarik dan berbaloi untuk ditonton.

Tam berkata, filem yang menampilkan pelakon Hiroshi Abe dan Sinje Lee selaku teraju utama itu menampilkan sebuah naskhah yang mempunyai rekaan produksi yang baik.

"Saya sukakan keseluruhan rekaan produksi filem ini. Saya sukakan muzik dan karakternya. Ia dipersembahkan dengan cukup cantik," katanya.

Kata Tam lagi, dalam banyak-banyak karakter, dia menyukai watak Aritomo yang dilakonkan oleh Hiroshi Abe.

Ini kerana, wataknya itu banyak disampaikan menggunakan ekspresi berbanding lisan.

"Selalu orang kata, kalau tak berdialog senang. Sebenarnya, apabila tak berdialog lagi susah.

"Kena fikir macam mana nak buat orang pandang anda yang tak berdialog itu. Cara ekspresi dan ego yang ditunjukkan Hiroshi Abe itu buat saya tertarik dengan watak Aritomo," katanya kepada Gempak.



Antara nama besar lain yang menjayakan filem itu ialah Sinje Lee (The Eye), Sylvia Chang (Love Education), David Oakes (Cold Skin), Julian Sands (The Girl With The Dragon Tattoo) dan John Hannah (The Mummy).

BACA: The Garden Of Evening Mists bakal pecah panggung

Filem The Garden of Evening Mists kini sudah mula ditayangkan di pawagam sejak 16 Januari lalu.

Jadi, jangan lupa saksikan filem The Garden of Evening Mists di pawagam berhampiran anda.

VIDEO: Filem The Garden of Evening Mist: Cerita adaptasi dari novel