awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KTMB tawar tambang percuma, tren 24 jam sempena Thaipusam
Mainoo kekal di Old Trafford, kepercayaan Carrick ubah masa depan bintang muda United
Mat Sabu selar tindakan beberapa negara Islam sertai Perjanjian Abraham
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Elemen tempatan jadi kekuatan filem animasi Upin & Ipin raih anugerah peringkat antarabangsa

Bernama
Bernama
25/10/2019
16:39 MYT
Elemen tempatan jadi kekuatan filem animasi Upin & Ipin raih anugerah peringkat antarabangsa
Burhanuddin berkata ia merupakan hasil pendekatan berbeza yang menjadi elemen filem animasi tempatan itu berbanding filem animasi antarabangsa terutama dari Barat yang mengetengahkan penceritaan agak 'cliche'. - Foto BERNAMA
Elemen tempatan yang diterapkan menerusi filem animasi 'Upin dan Ipin: Keris Siamang Tunggal' yang membawa kisah hikayat dongeng Melayu lama, menjadi antara kekuatan serta pemangkin filem terbitan Les' Copaque Production Sdn Bhd untuk bersaing dengan filem animasi antarabangsa.
Pengarah Urusannya Burhanuddin Md Radzi berkata kekuatan itu terbukti dengan kejayaan filem tersebut apabila merangkul Anugerah Filem Cetera Terbaik pada Festival Animasi Antarabangsa 2019 (Animaze) di Montreal, Kanada, bulan lepas.
Burhanuddin berkata ia merupakan hasil pendekatan berbeza yang menjadi elemen filem animasi tempatan itu berbanding filem animasi antarabangsa terutama dari Barat yang mengetengahkan penceritaan agak 'cliche'.
Selepas kejayaan filem animasi itu memenangi beberapa anugerah, Burhanuddin optimis ingin menghantar penyertaan ke beberapa festival terpilih lain di peringkat antarabangsa.
"Ternyata usaha kita mendatangkan hasil dan ia menjadi pembakar semangat kepada kejayaan berterusan yang bakal dicapai oleh filem animasi itu di peringkat antarabangsa," katanya.
Menurutnya lagi, filem animasi itu turut terpilih mewakili negara untuk bersaing bersama lima filem lain dari rantau Asia termasuk Australia dan New Zealand bagi merebut trofi emas kategori Filem Cereka Terbaik pada Asian Academy Creative Awards 2019 (AAA) di Singapura, 5 Dis ini.
Filem animasi yang mula ditayangkan pada 21 Mac lepas itu berjaya meraih lebih RM26 juta selepas tiga minggu ditayangkan di Malaysia malah turut tersenarai bersama 32 filem animasi antarabangsa lain bagi pencalonan Anugerah Academy atau Oscars 2020 bagi kategori Filem Animasi Terbaik.
"Sekurang-kurangnya pihak kami sudah cuba menghantar penyertaan dan jika menang ia membuktikan produk tempatan juga layak dibawa ke pentas antarabangsa," kata Burhanuddin.
Beliau berkata filem yang menelan kos RM20 juta itu turut tersenarai sebagai finalis Filem Cereka Animasi Terbaik di Festival dan Ekspo Animasi Antarabangsa Palm Springs 2019 yang akan berlangsung di California, Amerika Syarikat pada 14 dan 15 Dis ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Animaze
#Anugerah Filem Cetera Terbaik
#Burhanuddin Md Radzi
#elemen tempatan
#Festival Animasi Antarabangsa
#filem animasi
#ilem animasi antarabangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan