PENYAMPAI radio ERA, Hani Fadzli mendedahkan, Elfira pernah menjadi gadis idaman Faris Anuar sejak lima tahun lalu.

Pernikahan pasangan itu, kata Hani, mengingatkan dirinya bahawa jodoh yang ditentukan merupakan perkara yang cukup indah buat Elfira dan Faris.

"So happy for them both! @fariskanuar used to say in class last time that his dream girl was @elfiraloy.

"That was 5 years ago. And today he got to marry his dream girl. Jodoh is a wonderful thing," tulisnya menerusi Instastories baru-baru ini.

Elfira dan Faris selamat disatukan sebagai suami isteri pada 1 Januari lalu di Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya.

Majlis itu hanya dihadiri keluarga dan kenalan rapat pasangan itu.