awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Asrama pekerja binaan di Seremban terbakar
DUNIA
Perang Gaza belum tamat tanpa pembebasan tebusan - Duta Israel
POLITIK
Tarikh Perhimpunan Agung UMNO ditunda kepada 26-29 Nov
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

HIBURAN

Elyana 'naik hantu' di akaun Instagram

Gempak
Gempak
03/02/2018
03:36 MYT
Elyana 'naik hantu' di akaun Instagram
Menerusi video tersebut, Elyana turut berpesan kepada haters supaya berhenti menjadi pengikutnya di IG atau belajar menghormati orang lain. - Foto Instagram/elyanaofficial
BEKAS peserta Gegar Vaganza 4, Elyana, ‘naik hantu’ apabila ada sesetengah pengikut di Instagram (IG) bersikap biadap dan melemparkan komen kurang sopan terhadapnya.
Mungkin kerana tidak dapat menahan rasa marah terhadap segelintir yang dianggap tidak menghormatinya, Elyana telah memuat naik sebuah video di InstaStory.
Menerusi video tersebut, Elyana turut berpesan kepada haters supaya berhenti menjadi pengikutnya di IG atau belajar menghormati orang lain.
"Korang (kau orang) yang rasa manusia dan bagus sangat tu, tolong hormat orang sikit.
"Kalau rasa tak suka jangan tengok. Kalau nak nasihat sangat, tolong DM (direct message). Jangan kurang ajar sangat!," katanya.
Sebelum video tersebut dimuat naik, berlaku perang ‘komen’ di antara Elyana dengan beberapa pengikut yang menulis bersikap kurang ajar apabila melibatkan penyakit kanser yang dihidapinya.
Selain itu ada juga pengikut IG yang bertindak keterlaluan apabila menyelar Elyana kerana tidak memakai tudung termasuk melibatkan kedua-dua ibu bapanya.
Bukan sekadar video, Elyana juga memuat naik beberapa status di InstaStory dengan memberitahu tahap sabar seorang manusia mempunyai had.
"Ada hari aku boleh bersabar. Kau pijaklah kepala aku macam mana pun aku boleh sabar.
"Tapi ada harinya yang tahap kesabaran aku tak ada langsung. Ya, aku sakit kanser tapi bukan bermakna aku tak boleh ludah kat muka korang yang biadab," tulisnya.
Bagaimanapun, majoriti pengikut IG pelantun lagu Kalis Rindu itu meminta agar Elyana tidak melayan haters kerana golongan tersebut tidak akan pernah berpuas hati dengan apa sahaja yang dilakukannya.
Para peminat juga memberi semangat kepada penyanyi kesayangan mereka itu supaya terus kuat dan bersabar.
Topic Berkaitan
#berang
#elyana
#Instagram
#kanser
#marah
#pelakon
#penyanyi
#sabar
#video
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami