Emma Maembong bercinta dengan abang Syed Saddiq?

Emma Maembong bercinta dengan abang Syed Saddiq?
EMMA MAEMBONG memuat naik foto mesra dia dan Syed Abdullah dalam Instagram.
PELAKON drama Awak Suka Saya Tak, Emma Maembong terus mencetuskan teka-teki apabila memuat naik sekeping foto bersama seorang jejaka bernama Syed Abdullah Syed Abdul Rahman yang juga abang kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq.

Dalam entri di laman Instagram peribadinya, Emma berkongsi sekeping foto bersama Syed beserta kapsyen ucapan hari lahir buat lelaki tampan itu.
"Happy birthday @syedabdullah1989. May Allah bless you," tulisnya secara ringkas.

Tidak sekadar memuat naik foto yang mencetuskan persoalan dalam kalangan peminatnya, kelibat Emma dan adiknya, pelakon Chacha Maembong juga kelihatan di majlis ulang tahun kelahiran Syed Abdullah di Johor Bahru pada Ahad.

Biarpun tidak mengumumkan secara langsung status Syed Abdullah dalam hidupnya, namun ramai Emma meneka jejaka berusia 30 tahun itu pengganti pelakon Kamal Adli.

Sebelum ini, Emma dan Kamal pernah menjalin hubungan cinta selama tiga tahun namun hubungan mereka berakhir pada 25 Oktober 2017.