Tutup

Emma Maembong mengaku buka tudung, nafi duduk celah kangkang abang menteri

Emma Maembong mengaku buka tudung, nafi duduk celah kangkang abang menteri
Emma Maembong memohon maaf di atas penyebaran foto dia tidak bertudung di laman sosial. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: PELAKON Emma Maembong mengaku dia merupakan individu dalam sekeping gambar bersama abang Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq iaitu Syed Abdullah Syed Abdul Rahman.

Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail bagaimanapun, menafikan dia adalah wanita yang
dalam di celah kangkang lelaki terbabit seperti yang kelihatan dalam sekeping lagi gambar yang kini tular di sosial media.

“Ya, betullah tu (gambar buka tudung bersama Syed Abdullah). I am sorry tau, tapi gambar dalam bilik itu bukan, rambut pun tak sama. Sorry again.

“Insya-Allah Emma akan cuba yang terbaik, terima kasih sebab nasihat,” tulis Emma di ruangan komen bagi membalas pengikut yang bertanyakan tentang gossip itu. 
BACA: 'Itu bukan Emma' - Syed Abdullah buka mulut tentang foto celah kangkang

MENGAKUI kekhilafannya, Emma Maembong meminta maaf secara terbuka di laman Instagram peribadinya.



Sebelum ini, netizen dikejutkan dengan gambar Emma tidak bertudung bersama seorang lelaki yang dipercayai abang kepada Syed Saddiq iaitu Syed Abdullah.

Aktres itu mengaku bahawa gambar tersebut diambil baru-baru ini, namun dia masih mengekalkan imej bertudungnya.

Tambah Emma, kesediaannya tampil membuat pengakuan secara terbuka selepas dikecam oleh sebilangan besar netizen di laman sosial.

“Kenalah minta maaf, orang sudah komen maki-mak, sebab sakit hati dekat Emma,” tambahnya.

Sejak kebelakangan ini, Emma dilihat menjalinkan hubungan mesra dengan jejaka berusia 30 tahun itu.

Kedua-dua mereka juga pernah memuatnaik gambar bersama-sama dalam Instagram masing-masing berserta kapsyen sebagai rakan karib.