awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
“Nak mohon maaf dengan siapa?" - Fikiran Ziana kosong, Aidilfitri akan terasa sunyi
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82

Empat filem Malaysia ke Festival Filem Cannes

Astro Awani
Astro Awani
14/05/2013
00:27 MYT
Empat filem Malaysia ke Festival Filem Cannes
Filem terbitan Tayangan Unggul dan Grand Brilliance, "Penanggal" menjadi salah satu filem Malaysia yang bakal ditayangkan di Festival Filem Cannes untuk edaran antarabangsa.
Selain itu, tiga filem lain yang turut serta termasuk "Kil", "Vikingdom" dan "Bola Kampung The Movie".
Festival tersebut bakal bermula dari 15 sehingga 26 Mei ini.
Trailer filem Penanggal
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Kandungan Kreatif Malaysia (CCAM), Datuk Mohd. Mahyidin Mustakim, filem-filem itu bakal ditayangkan dalam slot "Marche Du Film".
CCAM dengan bantuan Finas berharap tayangan itu dapat menarik perhatian pengedar filem luar negara untuk membeli dan memasarkan karya Malaysia.
"Penanggal", filem pertama arahan Ellie Suriaty merupakan produk sulung kerjasama dua syarikat gergasi iaitu Tayangan Unggul dan Grand Brilliance.
Masih belum mendapat tarikh tayangan di Malaysia, "Penanggal" dibintangi Ummi Nazeera, Fasha Sandha, Zul Ariffin dan Azri Iskandar.
Trailer Bola Kampung The Movie
Sementara itu, filem animasi "Bola Kampung The Movie" sudah ditayangkan dua bulan lalu dengan barisan penyumbang suara seperti Datuk Aznil Nawawi, Ezlynn dan Afdlin Shauki.
Trailer filem Kil
Manakala, filem "Kil" merupakan filem pertama arahan Nik Amir Mustapha yang bakal ditayangkan mulai 30 Mei ini.
Dibintangi Redza Minhat dan Christine Suzanne, ia mengisahkan seorang lelaki yang meminta bantuan sebuah agensi untuk menamatkan nyawanya.
Trailer filem Vikingdom
Diikuti dengan "Vikingdom", filem arahan Yusry Abdul Halim yang dibarisi pelakon antarabangsa, antaranya Dominic Purcell.
"Vikingdom" bakal ditayangkan di Malaysia, Ogos nanti.
Topic Berkaitan
#bola kampung the movie
#Cannes
#filem
#kil
#penanggal
#Vikingdom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.