awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Engku Emran dan Bella selamat diijab kabul

Astro Awani
Astro Awani
08/09/2017
13:50 MYT
Engku Emran dan Bella selamat diijab kabul
Engku Emran dan Laudya Cynthia Bella selamat diijab kabul dalam sebuah majlis tertutup di ibu negara. - Saharudin Musthafa
Dengan sekali lafaz, Ketua Pegawai Eksekutif Enfiniti Vision Media Sdn Bhd, Engku Emran dan pelakon terkenal Indonesia, Laudya Cynthia Bella sah menjadi suami isteri dalam satu majlis pernikahan di sebuah hotel di ibu negara.
Majlis berkenaan diadakan secara tertutup pada lewat petang tadi.
Pada majlis itu, Engku Emran, 42, yang juga bekas suami artis popular tanah air, Erra Fazira, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300, lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang kepada Bella, 29.
Pasangan itu turut bertukar cincin perkahwinan pada majlis yang dihadiri keluarga terdekat dan rakan karib pengantin.
Turut hadir, rakan artis Indonesia, Melly Goeslow, Titi Kamal dan Irwansyah.
Majlis pernikahan itu sekali gus menjawab spekulasi mengenai hubungan mereka yang dilaporkan media sebelum ini.
Topic Berkaitan
#Engku Emran
#ijab kabul
#Indonesia
#Laudya Cynthia Bella
#Malaysia
#nikah
#selebriti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan