Tutup

f(x) Krystal Jung bakal muncul dengan filem baharu

f(x) Krystal Jung bakal muncul dengan filem baharu
Menerusi penampilannya dalam drama My Lovely Girl bersama Rain, Krystal membawa pulang anugerah Artis Paling Popular di BaekSang Arts Awards pada 2015. - Instagram@vousmevoyez
SELEPAS mengumumkan penggambaran rancangan realiti baharu bersama kakaknya Jessica Jung, anggota kumpulan K-Pop terkemuka f(x) Krystal Jung kini bakal tampil dalam filem indie buat julung kalinya.

Krystal bakal tampil sebagai watak utama dalam filem Shouting The Father, menurut SM Entertainment pada Khamis.

Dalam filem tersebut, Krystal memegang watak seorang mahasiswi, Toe Il yang hamil di luar nikah.

Bagaimanapun, Toe membuat keputusan untuk mencari ayah kepada anak dalam kandungannya sebelum bernikah dengan lelaki lain.
Filem tersebut akan diarahkan oleh pengarah baharu Choi Ha Na dan penggambaran dikhabarkan akan bermula Ogos ini.

Selebriti yang ‘multi-talented’ ini nyata mempunyai cukup pengalaman dalam dunia lakonan apabila pernah membintangi banyak drama terkenal.

Antaranya Prison Playbook, The Bride of Habaek, My Lovely Girl dan The Heirs.

Menerusi penampilannya dalam drama My Lovely Girl bersama Rain, Krystal membawa pulang anugerah Artis Paling Popular di BaekSang Arts Awards pada 2015.

Biarpun tarikh tayangan belum diumumkan, adakah anda teruja untuk menonton Krystal dalam plot cerita filem ini?

Kongsikan pandangan anda di ruang komen di bawah!


Tag: Krystal Jung, SM Entertainment, Toe Il, Shouting The Father



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.