SEJAK beberapa hari ini kecoh di media sosial terutamanya di Indonesia mengenai penyanyi negara itu, Agnes Monica, yang kini berusaha membina nama di Amerika Syarikat.
Kekecohan itu bukan kerana lagu baharunya, namun mengenai kontroversi kata-katanya berkaitan asal usul dalam satu sesi wawancara santai - Agnes menyatakan bahawa dia "tidak memiliki darah Indonesia".
Kenyataan Agnes atau nama sebenarnya Agnes Monica Muljoto, 33, itu telah merobek hati rakyat Indonesia kerana merasakan dia langsung tidak sensitif dengan apa yang diperkatakan, malah ramai yang mengatakan bahawa Agnes sudah lupa diri sejak melebarkan sayap ke negara Uncle Sam itu.
Selain warganet, kontroversi itu turut mendapat perhatian golongan pemimpin masyarakat, antaranya seperti Parti Persatuan Pembangunan (PPP) yang mendesak pelantun lagu Matahari itu memohon maaf.
Wakil Ketua PPP, Nurhayati Monoarfa menyatakan, memohon maaf adalah langkah terbaik agar rakyat Indonesia tidak akan terus marah mengenainya.
Sementara itu, Pegawai Khas Dewan Pengarah Badan Pembinaan Ideologi Pancasila (BPIP) Romo Benny Susetyo menegaskan Agnes ialah orang Indonesia, kerana dilahirkan di negara itu.
Namun BPIP tetap mempertikaikan cara pernyataan penyanyi tersebut di dalam wawancara tersebut dan merasakan dia sepatutnya berbangga menjadi rakyat indonesia meskipun dia mempunyai banyak darah campuran.
"Dia seharusnya berbangga menjadi orang Indonesia meskipun mempunyai pelbagai keturunan. Kalau dia lahir di Indonesia, maknanya dia orang Indonesia," tegas Benny kepada media di Indonesia
Kontroversi itu juga, telah mencetus perdebatan dalam kalangan warganet terhadap penyanyi yang kini dikenali sebagai 'Agnez Mo' itu, hingga membahagikan pandangan netizen republik itu kepada dua.
Ramai yang menempelak cara Agnes menjawab soalan dalam wawancara itu. Mereka beranggapan, Agnes tidak menghargai sokongan peminat Indonesia yang membantunya memulakan langkah dalam industri hiburan sejak awal kemunculannya.
Bagaimanapun, ada juga pihak yang membela Agnes, dengan menjelaskan bahawa, kenyataan kontroversi itu hanya dilihat dari satu potongan klip video, tanpa menilai keseluruhan pengisian sesi wawancara itu.
Terdahulu Agnes telah muncul dalam satu wawancara Build Series yang di kendalikan oleh Kevan Kenney di Amerika Syarikat.
Semasa wawancara tersebut, Agnes menyatakan bahawa dia "tidak memiliki darah Indonesia".
Kenyataan tersebut telah membuatkan warganet tidak senang duduk dan menyerangnya di laman sosial.
Ternyata, insiden itu dan respons warganet bukan saja menunjukkan soal fanatisme terhadap selebriti, malah telah membuka semula pelbagai perbincangan mengenai isu kaum minoriti, nilai kewarganegaraan, dan sejarah sosial negara itu.
Namun dalam usaha mempertahankan diri, Agnes telah memuat naik satu kenyataan melalui laman Instagramnya yang meminta masyarakat agar melihat dahulu kandungan penuh wawancaranya dan bukannya terus menjatuhkan hukum terhadap seseorang.
BACA: Profesor universiti gesa kewarganegaraan Agnes Monica disemak
Asyraf Roslan
Thu Nov 28 2019
Agnes juga telah memberi satu kenyataan melalui laman Instagramnya meminta untuk mereka melihat kandungan penuh dan bukannya terus menjatuhkan hukum terhadap seseorang - Instagram Agnes Monica
Letusan Gunung Ruang jejas ruang udara, penutupan lapangan terbang dilanjutkan
Letusan Gunung Ruang di Wilayah Sulawesi Utara terus menjejaskan ruang udara pada Jumaat, memberi kesan kepada keselamatan penerbangan.
Beras ditemui di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan - KPKM
Beras yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak selamat untuk dimakan.
Boeing hasrat tawarkan kereta terbang di Asia menjelang 2030
Kereta terbang ini dijangka menawarkan penyelesaian untuk pelbagai bandar di Asia yang sering sesak dengan kenderaan.
Piala Thomas: Tze Yong digugurkan, Hon Jian isi kekosongan - Rexy
Ng Tze Yong disahkan tidak akan beraksi pada Piala Thomas 2024 dan kekosongan ditinggalkan naib juara Terbuka Artik 2023 itu akan digantikan dengan pemain beregu, Choong Hon Jian.
Isu surat layang: Mangsa ugutan, gangguan seksual diminta lapor polis
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak meminta mangsa yang mendakwa menerima ugutan serta gangguan seksual yang dikaitkan dengan isu surat layang tular membabitkan kakitangan perubatan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) supaya membuat laporan polis.
Bekalan Darah: Kadar penderma darah dalam negara masih rendah
Menurut Timbalan Pengarah I, Pusat Darah Negara, Kementerian Kesihatan (KKM), Dr Tun Maizura Mohd Fathullah, kadar tersebut perlu ditingkatkan bagi memastikan bekalan darah mencukupi terutamanya pada waktu-waktu terdesak.
KBS umum syarat pelepasan cukai latihan sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengumumkan syarat-syarat pelepasan cukai bagi latihan sukan pada Jumaat.
Kastam tumpaskan sindiket penyeludupan, temukan dadah bawah pokok
Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pulau Pinang menumpaskan cubaan penyeludupan dadah apabila merampas dadah jenis methaphetamine seberat 30 kilogram bernilai hampir RM1 juta.
Pengawal keselamatan didakwa bunuh anak kandung berusia enam bulan
Seorang bapa yang tergamak mendera anak kandungnya yang berusia enam bulan sehingga mengakibatkan mangsa mati didakwa di Mahkamah Bandar Baru Bangi, pada Jumaat kerana kesalahan membunuh.
Perang Iran-Israel, kesan kepada geopolitik Asia Barat
Penyelidik Kanan IRIS Institute, Asyraf Farique memberikan analisis semasa mengenai perang Iran dan Israel serta kesannya kepada geopolitik di Asia Barat.
Profesor universiti gesa semak kewarganegaraan Agnes Monica
Menurut Hikmahanto, Ketua Pengarah Imigresen harus memeriksa status kewarganegaraan Agnes Monica atau kini lebih dikenali sebagai Agnez Mo.
Fakta atau terlepas cakap? Pemimpin masyarakat Indonesia desak Agnes Monica mohon maaf
Parti Persatuan Pembangunan (PPP) memohon penyanyi yang popular dengan lagu 'Matahari' itu memohon maaf.
Berselawat di pentas The Voice Kids Indonesia, peserta 13 tahun buat Agnes Monica terpegun
Walaupun terpilih untuk ke peringkat seterusnya pada saat-saat akhir, Sharla, 13, berjaya membuatkan juri The Voice Kids Indonesia terpegun dengan alunan qasidah.
Netizen tegur Agnes Monica pakai skirt jarang berkalimah Arab
Agnes Monica menjadi tumpuan warga media sosial Indonesia dengan penampilan kontroversinya dalam konsert ulangtahun sebuah stesen TV.