awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Farid Kamil dakwa dipukul 11 anggota polis dalam lokap

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
28/02/2018
13:38 MYT
Farid Kamil dakwa dipukul 11 anggota polis dalam lokap
Farid mendedahkan kejadian berkenaan dalam satu sidang media di Setia alam, Shah Alam hari ini. -Foto Astro AWANI/Azyyati Ahmad
Pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil mendakwa telah dipukul anggota polis sehingga meninggalkan parut di dahi ketika dia di dalam lokap.
Farid mendedahkan kejadian berkenaan dalam satu sidang media di Setia Alam, di sini, hari ini dengan ditemani tiga peguam daripada Tetuan Faizul Nasir & Co yang diketuai oleh Faizul Mohd Nasir.
Dakwa Farid, kejadian berlaku pada hari ketiga dia ditahan reman, sekitar jam 2 pagi.
Menjelaskan perkara itu, Farid mendakwa dia didatangi individu tersebut sebelum dipakaikan baju pasung dan lampu lokap ditutup.
“Saya didatangi 11 orang individu berpakaian preman, kemudian saya diikat dengan baju putih. Apabila saya sedar dahi saya berdarah dan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk rawatan,” jelasnya.
Laporan polis berkenaan dibuat di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail pada 31 Januari lalu pada jam 5.54 petang.
Namun beliau mendakwa sehingga kini maklum balas yang diterima daripada pihak polis adalah mengecewakan.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata pihaknya akan meneliti semua dakwaan yang dibuat oleh Datuk Farid Kamil sebelum mengeluarkan komen lanjut.
“Siasatan lanjut akan dijalankan berdasarkan dakwaan yang dibuat. Siasatan terhadap laporan polis yang dibuat sebelum ini masih diteruskan,” katanya.
Topic Berkaitan
#Farid Kamil
#penjara
#perubatan
#polis
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan