Pengacara dan pelakon, Farouk Hussain, mengajak peminat dan rakan artis mendoakan kesejahteraan dan kesihatan penyanyi popular era 1970-an, Hail Amir yang kini sedang dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) di ibu negara.
Penyanyi yang popular dengan lagu malar segar Wajah Kesayangan Hamba itu digegaskan ke sebuah hospital pada 4 Mac lalu selepas mengadu sakit dada pada jam 10 malam. Selepas dua hari, beliau dipindahkan pula ke IJN atas permintaan keluarga.
“Saya difahamkan, doktor menemui tiga sekatan dalam saluran jantungnya.
“Namun selepas seminggu dalam pemantauan, doktor dijangka membuat keputusan hari ini untuk membenarkannya pulang untuk berehat terlebih dahulu,” cerita Farouk yang baru sahaja menziarahi penyanyi berusia 63 tahun itu sebentar tadi.
Menurutnya lagi, kebenaran untuk pulang ke rumah itu barangkali untuk membolehkannya mendapatkan rehat yang cukup bersama keluarga supaya bertambah stabil, sementara menunggu tarikh pemeriksaan doktor seterusnya.
“Selepas diperiksa nanti, barulah pihak hospital akan membuat keputusan sama ada pembedahan untuk membuka sekatan dalam salur jantung itu perlu dilaksanakan,” jelas Farouk kepada Astro AWANI.
Ketika mengadu sakit dada pada jam 10 malam 4 Mac lalu, penyanyi yang popular dengan lagu malar segar Wajah Kesayangan Hamba itu, digegaskan ke sebuah hospital sebelum kemudiannya dipindahkan ke IJN atas permintaan keluarga.
Ketika ditanya tentang keadaan Hail sewaktu di wad tersebut, Farouk memberitahu penyanyi tersebut masih mampu memberi maklum balas baik apabila disapa, namun terlihat juga beliau sedikit letih dan perlahan apabila bersuara.
“Sedih juga tengok keadaannya, tapi kita perlu ambil tahu dan mendoakannya. Dia memang penyanyi veteran dalam industri.
“Mungkin dengan menziarahinya, dia akan rasa lebih gembira dan menjadi motivasi untuknya kembali sihat,” katanya yang mengharapkan para peminat dan rakan industri dapat sama-sama mendoakan keadaan Hail bertambah baik.
Setakat ini, beberapa rakan artis seangkatan dengan Hail sudah menziarahi penyanyi tersebut, antaranya Siti Fairuz dan juga rakan duetnya, Uji Rashid.
Media tempatan sebelum ini melaporkan, anak sulung penyanyi veteran itu, Chinta Fifi berkata, bapanya telah menjalani pemantauan rapi doktor dan sudahpun menjalani ujian darah dan imbasan sinar-X.
Astro Awani
Tue Mar 13 2018
Farouk (kanan) yang menziarahi Hail Amir di wad IJN sempat merakamkan gambar bersama. - Instagram Farouk Hussain
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Mengenang Tun Mohammed Hanif Omar 1939-2024
Baik bagi mengenang pemergian tokoh negara berjiwa besar Allahyarham Tun Haniff Omar
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Perluasan konflik serantau, Asia Barat
Prof Dr Azmi Hassan, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara NASR
'Saya akan beri keputusan dalam masa singkat' - Anwar
Ketua-ketua cabang di Sabah telah memberikan pandangan dan keputusan akan dipertimbang dalam masa terdekat.
Wanita usung mayat bapa saudara ke bank demi tanda tangan dokumen pinjaman wang
Erika memberitahu pekerja bank bahawa bapa saudaranya mahu melakukan pinjaman sebanyak 17,000 reais (RM15,523).
Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat kebangsaan dirai di Sabah hari ini
Majlis itu membuka tirai dan menerima kunjungan orang ramai seawal pukul 10.30 pagi hingga 3 petang.
Farouk Hussain ajak peminat, rakan artis doakan Hail Amir kembali sihat
Keadaan penyanyi popular era 70-an itu kini dikhabarkan bertambah baik, namun memerlukan rehat yang sepenuhnya.