Sudahkah anda bersedia untuk menghidupkan enjin kereta anda dan pandu dengan laju?

Ini adalah masa yang terbaik untuk membuatkan anda semua teruja kerana siri filem aksi Fast & Furious akan kembali dengan satu lagi naskah baru.

Francais filem itu akan kembali dengan satu filem aksi komedi iaitu Fast & Furious : Hobbs & Shaw.

Kali ini, Dwayne Johnson (Luke Hobbs) dan Jason Statham (Deckard Shaw) disatukan sebagai teraju utama filem ini.

Filem arahan David Leitch ini turut menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Idris Elba, Vanessa Kirby, Roman Reigns, dan Helen Mirren.

Sudah pasti para peminat tidak sabar untuk menyaksikan aksi-aksi yang akan dipertontonkan dalam filem ini lebih-lebih lagi gandingan dua pelakon hebat itu sudah pasti sangat mengujakan.

Filem ini akan ditayangkan di semua pawagam di Malaysia bermula 1 Ogos 2019.