Tutup

Fattah Amin cedera di set penggambaran

Fattah Amin cedera di set penggambaran
Fattah Amin menerima rawatan selepas mengalami kecederaan ketika menjalani penggambaran. - Gambar Instagram FATTAH AMIN
AKTOR terkenal, Fattah Amin mengalami kecederaan ketika sedang menjalani penggambaran pada tengah hari  Rabu.

Menerusi kemas kini akaun Instagramnya, suami kepada pelakon Fazura itu dilihat sedang dirawat oleh sekumpulan pasukan perubatan dan dibawa masuk ke dalam ambulans.

Pergelangan kaki kiri Fattah juga dituam ais dan dibalut anduh.

"Kemalangan berlaku kadang-kadang," tulis Fattah ringkas.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Accident happens sometimes.

Entri Fattah itu mendapat perhatian isterinya, aktres Nur Fazura yang memohon peminat mendoakan keselamatan dan kesihatan suaminya.

"Mohon doa semua untuk Fattah ya?" tulis Fazura pada ruangan komen.

Bagaimanapun, punca kecederaan masih belum dipastikan.
Perkembangan terkini Fattah itu sedikit sebanyak meresahkan peminat setianya yang bimbang akan keadaan kaki pelakon kesayangan mereka itu.

Malah, rakan selebriti dan netizen turut mendoakan kesejahteraan Fattah.






Tag: Fattah Amin cedera, lokasi penggambaran, Fattah Amin, Fazura


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.