Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) umum tidak lagi bersama Festival Filem Malaysia ke-28 (FFM28).

Setiausaha Kehormat, Datuk Abdul Rahim Awang dalam satu kenyataan hari ini berkata pendirian itu dibuat bermula perlembagaan dilanggar dan dihina kerana mengiktiraf karya bukan bahasa kebangsaan untuk anugerah tersebut.

Tegasnya, FDAM tetap dengan pendirian bahawa bahasa kebangsaan tidak boleh dipisahkan dengan seni dan budaya.

Katanya, sebarang usaha membenar, mengiktiraf atau mengangkat karya bukan berbahasa kebangsaan untuk anugerah utama kebangsaan adalah tindakan menghina dan meremehkan perlembagaan negara, dan tidak menghormati rukun negara.

FDAM

Justeru, demi menghormati kedaulatan perlembagaan dan prinsip rukun negara, FDAM tidak mahu terlibat dengan aktiviti yang bertentangan dengan kedua-duanya.