awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
Anwar pulang naik ETS3 ke ibu negara usai lawatan santai ke Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FFM28: Boikot bermula? Calon Sinematografi Terbaik tarik diri

Astro Awani
Astro Awani
05/08/2016
15:42 MYT
FFM28: Boikot bermula? Calon Sinematografi Terbaik tarik diri
Mohd Noor Kassim tercalon untuk anugerah Festival Filem Malaysia ke-28 (FFM28) dalam kategori Sinematografi Terbaik. -Gambar hiasan
Mohd Noor Kassim yang tercalon untuk Festival Filem Malaysia ke-28 (FFM28) dalam kategori Sinematografi Terbaik membuat keputusan untuk menarik diri daripada pencalonan untuk anugerah itu.
Keputusan ini dibuat menerusi satu catatan yang dimuat naik di Facebook beliau malam ini.
“Dengan rasminya saya Mohd Noor Kassim menarik diri dari calon akhir FFM28.
BACA: Boikot FFM28: Netizen sokong pendirian Afdlin Shauki
“Bukan takut bertanding tetapi saya menolak keras unsur rasis,” katanya yang dicalonkan menerusi filem ‘Bravo 5’.
TOP 5 FFM28 SINEMATOGRAFI TERBAIK #FestivalFilemMalaysia #FFM28
A photo posted by Finas Malaysia (@finasmalaysia) on
Aug 3, 2016 at 6:15am PDT
Sebelum ini, pelakon dan pengarah Afdlin Shauki berhasrat untuk memboikot FFM28.
Dalam status di Facebook, kata Afdlin, dia berbuat demikian kerana berpendapat berlakunya ketidakadilan dalam pengiktirafan karya seni di FFM.
BACA: FFM28: Pembahagian kategori utama mengikut bahasa dipalit kontroversi
Ini kerana dalam penganjuran kali ini, buat kali pertamanya pencalonan bagi Filem Terbaik, Pengarah Terbaik dan Lakon Layar Terbaik dibahagikan kepada dua iaitu bagi 'Filem Dalam Bahasa Malaysia' dan 'Filem Bukan Dalam Bahasa Malaysia'.
Ini bermakna, dua kategori baharu diumumkan bagi persaingan trofi kali ini iaitu 'Pengarah Filem Bukan Dalam Bahasa Malaysia Terbaik' dan 'Lakon Layar Filem Bukan Bahasa Malaysia Terbaik'.
Topic Berkaitan
#Festival Filem Malaysia 28
#FFM28
#Mohd Noor Kassim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan