awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Filem animasi Malaysia kini di tahap membanggakan

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
30/11/2019
08:24 MYT
Filem animasi Malaysia kini di tahap membanggakan
Ketiga-tiga filem animasi ini berjaya mencipta satu fenomena yang tersendiri - Foto Fail
Nampaknya perkembangan filem animasi Malaysia antara yang boleh menjadi kebanggaan ramai kerana hasilnya yang sangat memberangsangkan.
Selepas Upin Ipin: Keris Siamang Tunggal dan BoBoiBoy The Movie 2 berjaya mencipta fenomena dalam industri filem, kini giliran filem animasi baharu, Ejen Ali The Movie pula menduduki carta teratas.
Filem animasi ini telah berjaya mengungguli tempat pertama filem pecah panggung tempatan apabila memungut lebih RM1.8 juta sejak ditayangkan pada 28 November.
Filem terbitan Primeworks Studios dan Wau Animation itu mencatat rekod baharu bagi kutipan hari pertama filem animasi tempatan.
Ejen Ali The Movie arahan Usamah Zaid Yassin mengisahkan kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun direkrut menjadi perisik bagi sebuah agensi perisikan yang berperanan melindungi kota futuristik, Cyberaya, daripada ancaman luar.
Konflik mula timbul apabila ali mendapat tahu dia bukan satu-satunya ejen yang boleh mengawal gajet istimewa 'Iris'.
Untuk rekod filem animasi BoBoiBoy The Movie 2 berjaya mengutip RM1.18 Juta pada hari pertama tayangannya pada 8 Ogos 2019.
Manakala filem Upin Ipin: Keris Siamang Tunggal berjaya tersenarai sebagai calon Filem Animasi terbaik Anugerah Oscar 2020.
Pencalonan ini menjadikan filem buatan Malaysia itu akan bersaing dengan filem animasi antarabangsa lain seperti Frozen 2, Toy Story 4 dan Angry Bird 2.
Topic Berkaitan
#animasi
#BoBoiBoy The Movie 2
#Ejen Ali
#filem
#Pecah Panggung
#Upin Ipin Keris Siamang Tunggal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan