‘SESUATU terjadi’ 20 tahun lepas, di mana percintaan tiga anak muda, Rahul, Anjali dan Tina menjadi cerita yang diraikan dan ditangisi oleh setiap khalayak yang mengetahuinya.
Cerita cinta tiga segi mereka bukan sahaja masyhur di India, malah di United Kingdom dan juga seluruh dunia termasuk Malaysia.
Dan kisahnya terus diceritakan sehingga hari ini.
Semuanya berlaku pada 1998, di mana Karan Johar tidak menyangka filem pertama arahannya ‘Kuch Kuch Hota Hai’ (yang bermaksud ‘Sesuatu Terjadi’) menjadi antara filem paling diingati yang pernah dihasilkan oleh Bollywood, dan 16 Oktober menandakan genap dua dekad kisah cinta penuh suka duka ini ditayangkan di layar perak.
Kerana filem ini, nama Shah Rukh Khan menjadi pujaan hati setiap wanita yang melihatnya memegang peranan sebagai Rahul Khanna, yang jatuh cinta pada pelajar baharu di kolejnya bernama Tina. Namun tanpa sedar, Anjali Sharma yang dilakonkan oleh Kajol menaruh hati terhadap Rahul sepanjang persahabatan erat mereka lama sebelum kehadiran Tina.
Menghormati perhubungan Rahul dan Tina, Anjali kemudian lari membawa diri pulang ke kampung dan menjadi cikgu di sebuah kem musim panas. Dipendekkan cerita, anak Rahul dan Tina yang juga bernama Anjali Khanna menyertai kem musim panas itu.
Bermulalah konflik perasaan apabila Rahul dan Anjali dipertemukan kembali selepas sekian lama terpisah. Rahul telah menyedari cinta Anjali terhadapnya tetapi Anjali ketika itu sedang bersiap untuk melangsungkan perkahwinan dengan Aman Mehra lakonan Salman Khan.
Walaupun filem pertama, Karan Johar tidak menunggu lama untuk menampilkan hasil kerja yang terbaik, apabila penggambaran dilakukan di pelbagai negara termasuk Mauritius dan Scotland, selain keupayaannya membariskan pelakon-pelakon hebat dan yang sedang meningkat naik.
Dengan bajet pembikinan hanya US$1.4 juta, ia menjadi filem Bollywood yang mencatat kutipan paling tinggi di seluruh dunia bagi tahun 1998, dan filem ketiga paling tinggi kutipan dalam sejarah perfileman India dengan US$14 juta.
‘Kuch Kuch Hota Hai’ menjadi antara filem terawal yang mengetengahkan kisah cinta tiga segi era moden dan konsep ‘friendzone’ yang mana generasi muda hari ini pun masih boleh kaitkan dengan kehidupan mereka.
Tatkala menonton filem ini, pasti ada yang terkenang kisah cinta masing-masing ketika di sekolah menengah atau ‘high school’ dahulu.
Ramailah juga yang mengenakan baju panas atau ‘sweater’ berjenama GAP dan Polo Sport yang dipakai Rahul, gadis-gadis tomboy pula memotong rambut pendek dan memakai skarf seperti Anjali. Impaknya cukup hebat dan luas.
‘Kuch Kuch Hota Hai’ juga menjadi filem Hindustan pertama yang saya tonton. Masih ingat lagi, empat keping cakera padat semuanya. Cerita yang paling panjang pernah saya tonton ketika itu.
Kerana filem itu juga, saya jatuh hati kepada filem-filem Hindustan sehingga hari ini, kerana pesona gambarnya yang penuh warna, irama lagu yang mengasyikkan dan gaya Shah Rukh Khan yang cukup memukau.
Kehebatan Shah Rukh Khan turut didukung oleh pelakon hebat Bollywood, Kajol dan Rani Mukerji.
Genap 20 tahun hari ini, Karan Johar mengumumkan bahawa satu keraian besar-besaran akan dibuat dengan menjemput semua pelakon dan kru yang bersama menjayakan pembikinan dan kejayaan filem itu.
Malah, bulan lepas juga Karan pernah bergurau dengan berkata bahawa sekiranya dia merancang untuk mengarah ‘Kuch Kuch Hota Hai 2’, beliau akan menggunakan Ranbir Kapoor, Alia Bhatt dan Janhvi Kapoor sebagai barisan pelakonnya.
Mungkinkah ‘sesuatu akan terjadi’ lagi?
Israr Khalid
Tue Oct 16 2018
Dua dekad berlalu, 'Kuch Kuch Hota Hai' tetap jadi igauan peminat filem romantik sehingga hari ini. - Gambar fail
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 28 Mac 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lebih 70,000 peserta FELCRA sudah terima dividen bernilai RM74 juta
FELCRA Berhad sudah mengagihkan bayaran dividen kepada lebih 70,000 peserta di seluruh negara bernilai RM74 juta bagi musim ketiga tahun lalu.
KPDN Sabah terima 67 serahan kes dengan nilai rampasan lebih RM2 juta
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah menerima 67 serahan kes daripada agensi penguat kuasa lain dengan nilai rampasan RM2.01 juta sejak Januari lalu hingga hari ini.
Lapan pendatang tanpa izin dihukum penjara enam bulan di Kelantan
Lapan individu dihukum penjara enam bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Khas bagi Pendatang Asing Tanpa Izin di Tanah Merah semalam.
Lebih banyak kolaborasi bidang TVET antara Malaysia dan China - Ahmad Zahid
Malaysia dan China akan mengadakan lebih banyak kolaborasi dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi memperkasa bidang itu.
KPDN Kelantan sita 34,871 liter minyak diesel di Kuala Krai
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menyita kira-kira 34,871 liter minyak diesel bernilai lebih RM74,900 di sebuah premis perniagaan di Kuala Krai, semalam.
Baki stok simpanan air di empat empangan pada paras kritikal - NADMA
Empat empangan air di Johor, Pulau Pinang dan Kedah menunjukkan penurunan paras simpanan sumber air mentah pada paras kritikal setakat semalam susulan cuaca panas.
Pesawat Maritim Malaysia bantu padam kebakaran di Miri
Maritim Malaysia telah mengatur gerak pesawat Bombardier CL-415 miliknya, bagi membantu dalam operasi memadamkan kebakaran hutan tanah gambut secara bersepadu.
Polis tahan lelaki bakar mercun di tengah jalan raya
Polis menahan seorang pembantu bengkel yang disyaki membakar mercun di tengah jalan raya, ketika perarakan pengebumian berdekatan sebuah pasar raya di Banting, Selangor, semalam.
Rumah tangga didakwa bakal musnah, Aishwarya Rai dan Abhishek Bachchan pamer keharmonian
Keharmonian rumah tangga pasangan tersohor Bollywood, Aishwarya Rai dan Abhishek Bachchan menjadi bualan hangat kebelakangan ini.
Bakal blockbuster! Sunny Deol jadi hero filem terbaharu Aamir Khan 'Lahore 1947'
Peminat menyifatkan kerjasama yang terjalin akan membuat filem tersebut menjadi karya pecah panggung.
Shah Rukh Khan lakukan pembedahan hidung di Amerika Syarikat
Shah Rukh Khan dikatakan telah mengalami kemalangan sewaktu terbabit dalam sebuah projek yang dijalankan di Los Angeles.
Kajol dakwa berdepan ujian terberat, hapus semua foto, rehat dari media sosial
Pesohor Bollywood, Kajol membuat kejutan kepada warganet dan peminat apabila mengumumkan berehat daripada dunia media sosial.
Sangkut dalam kesesakan, Amitabh Bachchan tumpang motor ke set penggambaran
Salah seorang pesohor yang tidak terlepas daripada masalah kesesakan jalan raya adalah Amitabh Bachchan.
Deepika Padukone ajak pasangan muda ikut petua perkahwinan orang lama
Aktres Bollywood, Deepika Padukone baru muncul sebagai wajah sampul majalah berprestij Time yang mengiktirafnya sebagai Global Star.
Filem baharu Salman Khan, Kisi Ka Bhai Kisi Ki Jaan tak laku
Filem terkini Salman Khan, Kisi Ka Bhai Kisi Ki Jaan dilaporkan tidak mencapai sasaran atau kutipan pecah panggung meski ia turut dibintangi oleh ramai pelakon gred A Bollywood.
'Jangan melampau, ini India' - Salman Khan selar kandungan berbaur seks di Bollywood
Tegas Salman, semua konten bersifat sedemikian patut ditapis terlebih dahulu atau sama sekali tidak ditayangkan langsung.
Penat dengan politik Bollywood punca Priyanka Chopra bawa diri
Chopra Jonas menyifatkan kehadirannya dalam industri Bollywood seolah ditolak ke satu sudut ketika itu.
Filem Pathaan lakonan Shah Rukh Khan pecah rekod, kutip RM130 juta dalam lima hari
Pathaan merupakan filem lakonan Shah Rukh Khan yang amat dinanti-nantikan oleh peminat di seluruh dunia dalam tempoh empat tahun.