awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Filem The Garden Of Evening Mists mula penggambaran

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
03/07/2018
10:24 MYT
Filem The Garden Of Evening Mists mula penggambaran
Filem yang diadaptasi daripada novel terkenal karya penulis kelahiran Malaysia Tan Twan Eng ini dibarisi pelakon dan produksi antarabangsa.- Foto Astro AWANI
Penggambaran bagi filem 'The Garden Of Evening Mists' terbitan Astro Shaw bersama rakan kongsi HBO Asia dan FINAS telah pun bermula di beberapa lokasi utama di Malaysia termasuk di Cameron Highlands.
Filem yang diadaptasi daripada novel terkenal hasil karya penulis kelahiran Malaysia Tan Twan Eng ini turut dibarisi pelakon dan produksi antarabangsa serta diarahkan oleh pengarah dari Taiwan, Tom Lin.
Menurut Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar, persediaan bagi filem ini mengambil masa lima tahun dalam memastikan penghasilan skrip yang berkualiti sebelum pengambaran dilakukan.
“Astro Shaw telah mendapat hak cipta ke atas karya ini, dan kami sudah memulakan persediaan dalam mencari skrip yang berkualiti sejak tahun 2013, hanya pada tahun lepas kami berjumpa Tom Lin bagi persetujuan mengarahkan filem ini,” jelas Najwa.
Filem ini berlatar belakangkan garis masa tanah melayu selepas perang dunia ke dua iaitu sekitar 1950an dan 80an.
Antara pelakon utama yang membintangi filem ini antaranya adalah pelakon Lee Sinje (The Eye, Divergence) pelakon Jepun Hiroshi Abe (Nomitori Samurai, The Crime That Bind), John Hannah (Four Weddings and A Funeral, The Mummy Trilogy), David Oakes (The White Queen, Victoria) dan Julian Sands (The Girl With Dragon Tattoo).
Filem ini dijangka menemui penonton pada 2019.
Topic Berkaitan
#Astro Shaw
#Najwa Abu Bakar
#Tan Twan Eng
#The Garden of Evening Mists
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan