IBARAT sebuah perlawanan akhir bola sepak, sempena lebaran tahun ini industri perfileman tempatan kelihatan jauh ketinggalan berbanding jiran terdekatnya, Indonesia.
Tahun ini, industri perfileman Indonesia membariskan 5 buah filem, manakala bakal ditayangkan di pawagam tempatan hanya sebuah filem sahaja.
Di Malaysia yang kebiasaannya membariskan 2 buah filem tempatan untuk tayangan raya hanya menyenaraikan 1 filem sahaja.
Francais ilham Razak Mohaideen, Anak Mami Nasi Kandaq, satu jenama ikonik yang kembali setelah hampir 10 tahun edisi terakhirnya ditayangkan.
Ia mengisahkan seorang pengusaha restoran nasi kandar, Mamu Nizam yang merupakan seorang duda dengan lima anak gadis. Apabila Mami Kalsom membuka gerai makan di hadapan restorannya, dia berdepan masalah kerana perniagaannya semakin merosot.
Berikutan itu, Mamu Nizam telah meminta nasihat daripada Mamu Hussin dan Tuan Akhlak Khan yang mencadangkan dia menggunakan kesemua anaknya untuk bekerja di restoran agar dapat menarik pelanggan.
Filem arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen itu dibintangi Qi Razali, Fasha Sandha, Nur Risteena, Ezzaty Abdullah dan Maria Farida.
Lain pula ceritanya di Indonesia yang menyambut lebaran tahun ini dengan lima cerita berbeza, antaranya biografi, komedi romantik, drama romantik, drama romantik bernafas religi dan drama.
Koala Kumal
Filem Koala Kumal diadaptasi daripada novel berjudul sama tulisan Raditya Dika yang mengisahkan pengalaman hidup Dika, mulai dari ia duduk di bangku sekolah menengah hingga dewasa, dengan mengambil tema utama tentang hubungan-hubungan yang mengecewakan.
Selain sutradara dan penulis novel tersebut, Raditya Dika juga merupakan bintang utamanya bersama Sherly Sheinafia.
I Love You From 38,00ft
ILY from 38.000 feet mengisahkan seorang gadis muda bernama Aletta (Michelle Ziudith) yang terbang ke Bali untuk menenangkan dirinya daripada pelbagai permasalahan hidupnya.
Benih cinta kemudiannya bersemi ketika ia berjumpa dengan seorang pemuda bernama Arga (Rizky Nazar) yang bekerja dalam bidang media.
Filem garapan Asep Kusdinar ini dibintangi oleh Michelle Ziudith, Rizky Nazar, Derby Romero, Verrell Bramasta, Ricky Cuaca, dan Tanta Ginting.
Sabtu Bersama Bapak
Diadaptasi daripada novel berjudul sama karangan Adhitya Mulya, Sabtu Bersama Bapak mengisahkan sebuah keluarga yang harus kehilangan seorang ayah dengan terlalu cepat.
Akan tetapi, setiap hari Sabtu, isteri dan kedua anak lelakinya dapat kembali bertemu dengan ayah dan mendengarkan nasihat-nasihatnya menerusi rakaman video yang ditinggalkannya.
Anak-anak menjadi dewasa dengan menerapkan nilai-nilai yang diajarkan oleh ayah saat akan mempunyai keluarga sendiri.
Digarap oleh Monty Tiwa, filem ini dibintangi oleh Abimana Aryasatya, Acha Septriasa, Arifin Putra, Deva Mahenra, dan Ira Wibowo.
Rudy Habibie
Rudy Habibie merupakan prekuel filem fenomena Habibie & Ainun beberapa tahun yang lalu.
Filem ini menggambarkan bagaimana kehidupan Bacharuddin Jusuf Habibie di zaman mudanya, mulai dari perjuangannya membangun cita-citanya merancang pembuatan kapalterbang Indonesia hingga persoalan cintanya dengan Ilona dan Ayu.
Watak Habibie kembali diperankan oleh Reza Rahadian. Diarahkan oleh Hanung Bramantyo, filem Rudy Habibie juga turut dibintangi oleh Ernest Prakasa, Pandji Pragiwaksono, Boris Bokir, Donny Damara, Dian Nitami, Millane Fernandez, Cornelio Sunny, Verdy Solaiman, GPH Paundrakarna, Leroy Osmani, Timo Scheunemann, dan lain-lain.
Jilbab Traveler
Jilbab Traveler diadaptasi daripada novel karangan Asma Nadia, yang mengangkat perjalanan cinta seorang wanita Indonesia bernama Rania dengan lelaki Korea yang bernama Hyun Geun.
Mereka pertama kali bertemu di Indonesia, kemudian takdir mempertemukan mereka kembali di Korea Selatan.
Hanya saja keadaannya sudah berubah kerana kedua-duanya sudah memiliki pasangan masing-masing.
Diarahkan oleh Guntur Soeharjanto, filem ini menggandingkan pelakon Bunga Citra Lestari dengan Morgan Oey sebagai bintang utamanya.
Astro Awani
Mon Jul 04 2016
5 berbalas 1, itulah senario filem sempena lebaran yang bakal ditayangkan di Malaysia dan Indonesia.
PADU: Lebih 9 juta telah daftar
Pendaftaran Pangkalan Data Utama (PADU) meningkat kepada 9.24 juta setakat Khamis.
PM adakan lawatan singkat ke Sarawak pada Sabtu
Dalam lawatan singkat ke Sarawak pada Sabtu, Datuk Seri Anwar Ibrahim antara lain bakal melakukan walkabout di Bazar Ramadan Desa Ilmu disusuli Majlis Iftar Berbuka Puasa Madani di Masjid Al-Muttaqin
UMNO Sabah akan lebih teliti pilih calon - Bung Moktar
Datuk Seri Bung Moktar Radin tidak mahu calon yang akan diketengahkan UMNO dalam PN Sabah nanti ditolak rakyat sekaligus mendatangkan kerugian buat parti itu.
Tempoh reman 13 remaja suspek kes bunuh pelajar kolej disambung
Hakim Mahkamah Nur Asyraf Zolhani membenarkan tempoh reman disambung tujuh hari bermula Jumaat
Satu lagi kawasan kebakaran hutan dikesan di Miri
Pesawat Bombardier CL-415 Maritim Malaysia digerakkan bagi membantu memadam kebakaran yang dikesan berhampiran Sekolah Kebangsaan Kuala Baram
Dua lelaki mengaku tidak bersalah lakukan rompakan berkumpulan
Dua lelaki yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan rompakan secara berkumpulan, minggu lepas.
Kesabaran rakyat ada batasnya - Bung Moktar
Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan isu air di Sabah perlu segera diselsesaikan jika tidak ia akan memberi kesan besar kepada rakyat.
AWANI Borneo [29/03/2024] - Kes bunuh pelajar kolej vokasional | Operasi bom air | Ini satu musibah - Bung Moktar
AWANI Borneo bersama Assim Hassan
Tempoh reman 13 remaja suspek kes bunuh pelajar kolej vokasional disambung
Satu lagi kawasan kebakaran hutan dikesan di Miri
Bung Moktar desak kerajaan Sabah segera selesaikan isu air
Tempoh reman 13 remaja suspek kes bunuh pelajar kolej vokasional disambung
Satu lagi kawasan kebakaran hutan dikesan di Miri
Bung Moktar desak kerajaan Sabah segera selesaikan isu air
Projek LRT tidak jejas status George Town sebagai Tapak Warisan UNESCO - Loke
Kerajaan jamin pembangunan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang tidak akan menjejaskan status George Town sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Ahli perniagaan didakwa tipu, pecah amanah, salah guna harta syarikat RM13.4 juta
Seorang ahli perniagaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas enam pertuduhan menipu, pecah amanah dan menyalahgunakan harta syarikat, melibatkan kerugian berjumlah RM13.4 juta.
Filem raya: Indonesia (5) vs Malaysia (1)
5 berbalas 1, itulah senario filem sempena lebaran yang bakal ditayangkan di Malaysia dan Indonesia.