awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Filem Sangkar raih kutipan melebihi RM10.3 juta

Gempak
Gempak
15/09/2019
10:00 MYT
Filem Sangkar raih kutipan melebihi RM10.3 juta
Kutipan RM10.3 juta yang diraih oleh filem Sangkar disifatkan sangat membanggakan buat filem Melayu.
FILEM terbaharu arahan Kabir Bhatia, Sangkar mencatat kutipan sebanyak RM10.3 juta dalam masa 17 hari ditayangkan di pawagam.
Berita gembira itu dimumkan Astro Shaw menerusi sebuah entri di akaun Instagram mereka sebentar tadi.
"Filem Sangkar telah berjaya mendapat kutipan melebihi 10.3 juta dalam masa 17 hari," tulis pengendali akaun di ruangan status.
Dalam pada itu, petikan kata-kata dari seorang penonton (@affiqarrahman1) turut diletakkan di kapsyen tersebut.
"Cerita ni je mak aku menangis dari awal 20 minit cerita sampai habis! Berbaloi untuk ditonton. Berapa star? Oh dude memang tak boleh nak cakap berapa star sebab gempak sangat," tulisnya.
View this post on Instagram
Filem SANGKAR telah berjaya mendapat kutipan melebihi RM10.3 juta dalam masa 17 hari. "Cerita ni je mak aku menangis dari awal 20min cerita sampai abis! Berbaloi utk ditonton. Berapa star? Oh dude mmg xleh nak cakap berapa star sbb gempak sangat haih." -@affiqarrahman1 SANGKAR, Bukan sekadar Pertarungan! SANGKAR KINI DI PAWAGAM! #SangkarMovie @zul_ariffin @remyishak @raydapdap @mfmirafilzah @kabirbhatia_022 @fadlanhazim @niezamzaidi @nikadammika @andytehkh @carliffridzwancarleel @mcsweeneymma @amanracom @firashayyan @sangkarmovie
A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw) on
Sep 14, 2019 at 11:01pm PDT
Sangkar menonjolkan keistimewaan dengan mengetengahkan sukan seni bela diri campuran (MMA) buat pertama kalinya dalam sejarah pembikinan filem di Malaysia.
Bukan itu sahaja, Sangkar juga memaparkan elemen persahabatan, kekeluargaan, agama dan banyak lagi
Filem ini dibintangi oleh Remy Ishak, Zul Ariffin, Mira Filzah, Ray Era, Nik Adam Mika dan ramai lagi.
Jangan lepaskan peluang untuk menonton Sangkar yang kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara serta Brunei dan Singapura.
Topic Berkaitan
#Astro Shaw
#filem
#Kabir Bhatia
#Mira Filzah
#Remy Ishak
#sangkar
#Zul Ariffin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan