awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Filem Spilt Gravy On Rice menanti kelulusan LPF

Astro Awani
Astro Awani
22/04/2014
02:44 MYT
Filem Spilt Gravy On Rice menanti kelulusan LPF
Filem sulung arahan Datuk Zahim Albakri 'Spilt Gravy On Rice" kini sedang menantikan kelulusan daripada Lembaga Penapisan Filem (LPF) untuk ditayangkan kepada umum.
Dalam satu kenyataan yang dibuat menerusi Facebook, pihak penerbit masih belum mendapatkan sebarang kata putus daripada badan tersebut.
Astro AWANI difahamkan, kelulusan daripada pihak LPF adalah berkaitan dengan dialog yang digunakan dalam filem itu.
To beep or not to beep... That is the question ?
— Spilt Gravy on Rice (@SpiltGravy) April 17, 2014
Namun demikian, usaha untuk mempromosikan filem itu di peringkat antarabangsa sedang giat dijalankan.
Ditulis oleh penulis terkenal Jit Murad, filem Spilt Gravy On Rice dibintangi pelakon handalan Datuk Rahim Razali sebagai teraju utama, Zahim Albakri, Sean Ghazi, Juliana Ibrahim, Na'a Murad, Bernice Chauly, Diana Danielle dan ramai lagi.
Ia mengisahkan kehidupan lima beradik dari lima ibu yang berbeza dan seorang bapa yang membesar dalam arah yang berbeza. Berhadapan dengan seorang bapa yang berada di penghujung usia, mereka kembali ke rumah secara tergesa-gesa untuk makan malam bersama yang terakhir dengan beliau, hanya untuk mengetahui tentang rahsia yang selama ini tersimpan rapi di rumah tempat mereka membesar.
Sebelum diterjemah ke layar perak, naskhah ini merupakan drama pentas yang pernah memenangi pelbagai anugerah termasuk Pengarah Terbaik (Zahim Albakri), Skrip Asal Terbaik (Jit Murad), Penataan Cahaya Terbaik (Mac Chan) dan Anugerah Pilihan Penonton di Anugerah Seni BOH Cameronian yang pertama pada tahun 2002.
Untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai filem Spilt Gravy On Rice, sila layari Facebook Spilt Gravy On Rice dan mengikuti akaun Twitter rasmi mereka di @SpiltGravy.
Spilt Gravy On Rice poster
Spilt Gravy On Rice poster
Topic Berkaitan
#Sean Ghazi
#Spilt Gravy On Rice
#Zahim Albakri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan