KEPADA peminat yang telah merindui filem Star Wars, anda kini boleh mula untuk menghitung hari menunggu kemunculan filem terbaharu francais itu yang bertajuk 'Star Wars Episode VIII’.

Ini kerana, Disney melancarkan trailer produksi filem tersebut pada Isnin (waktu tempatan) serta mengumumkan bahawa penggambaran filem itu telah dimulakan.

Penggambaran utama dijalankan di studio penggambaran terkenal dunia, Pinewood Studios.

Pengumuman itu dilalukan menerusi video yang dmuat naik ke saluran rasmi YouTube Star Wars serta menerusi satu kenyataan media dalam portal mereka.

Tidak sampai 24 jam video itu dimuat naik, video Star Wars itu berjaya meraih lebih daripada 3.8 juta tontonan.

Paling menarik, watak Rey serta Luke Skywalker turut membuat penampilan dalam video pendek tersebut.

Episod terbaharu filem Star Wars ini turut membawa kembali pelakon yang telah membintangi ‘The Force Awakens’ seperti Daisy Ridley, John Boyega dan Carrie Fisher.

Bukan itu sahaja, ia turut menampilkan pelakon baharu seperti Benicio Del Toro dan Laura Dern.

Bagaimanapun, pengumuman pelakon baharu telah mengelirukan peminat, dengan rata-rata netizen mula meneka watak yang akan dilakonkan Del Toro dan Dern.




Filem kelapan Star Wars ini bakal diarahkan oleh Rian Johnson yang pernah mengarahkan filem ‘Looper’ dan beberapa episod drama popular ‘Breaking Bad’.


‘Star Wars Eposide VIII’ akan menemui penonton di pawagam pada 15 Disember 2017.