awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
OneXSugar Wallet jadi konsol mudah alih pertama dengan skrin lipat
Alam Flora kutip 3.2 tan sampah di KL pada sambutan Ambang Tahun Baharu
Johor perhebat penganjuran lebih 100 program pelancongan sempena VJY2026 dan TMM2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fitnah ditangkap khalwat: Fizz Fairuz bakal saman

Agensi
Agensi
11/04/2019
10:10 MYT
Fitnah ditangkap khalwat: Fizz Fairuz bakal saman
"Memandangkan saya masih ada pertimbangan, maka pihak berkenaan diberi ruang untuk membuat pertemuan dengan saya dan memohon maaf secara terbuka.' - Foto Sinar Harian
PELAKON Datuk Fizz Fairuz bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa individu yang telah melemparkan fitnah dan mengaitkan dirinya dengan isu seorang lelaki bergelar Datuk Seri ditangkap khalwat bersama pasangannya di Pulau Perhentian, baru-baru ini.
Mengakui fitnah tersebut telah memberi impak yang buruk terhadap reputasi dirinya, Fizz atau nama Mohd Fairuz Zainal Abidin, 40 tahun, menerusi laporan sebuah akhbar memberi tempoh selama seminggu kepada pihak berkenaan untuk tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.
Sekiranya pihak tersebut masih berdegil dan gagal berbuat demikian, tindakan undang-undang akan diambil.
"Memandangkan saya masih ada pertimbangan, maka pihak berkenaan diberi ruang untuk membuat pertemuan dengan saya dan memohon maaf secara terbuka.
"Saya sedia bertemu sekiranya mereka mahu memohon maaf, namun jika sebaliknya biarlah undang-undang yang tentukan," katanya sebagaimana dilaporkan.
Terdahulu isteri Fizz, Datin Almy Nadia telah membuat kenyataan di Instagram miliknya menafikan penglibatan suaminya dalam kejadian tersebut apabila warganet di sebuah forum gosip menuduh dan mengaitkan individu bergelar Datuk Seri itu adalah suaminya.
“Mari kita tengok siapa menang game ni!!! Nak main-main kan dengan aku.. tunggu,” tulis Fizz pada posting di laman Instagramnya.
Rata-rata peminat dan pengikut Fizz turut menyatakan sokongan dan bersetuju dengan tindakan pelakon ini untuk menyaman mereka yang terlibat.
Topic Berkaitan
#Almy Nadia
#Datuk Seri
#fitnah
#Fizz Fairuz
#Instagram
#keluarga
#khalwat
#selebriti
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan