Berita  |  Hiburan

'The Flash' bertunang gadis kacukan Kadazan Sabah, netizen terlebih teruja

'The Flash' bertunang gadis kacukan Kadazan Sabah, netizen terlebih teruja
Gadis kelahiran Sabah menjadi pilihan buah hati pelakon popular Thomas Grant Gustin yang dikenali menerusi watak Barry Allen dalam siri The Flash dan Arrow. - Instagram.com / lathoma3
GADIS kelahiran Sabah menjadi pilihan buah hati pelakon popular Thomas Grant Gustin yang lebih dikenali menerusi watak Barry Allen dalam siri popular 'The Flash' dan 'Arrow'.

Baru-baru ini, Gustin mengumumkan telah bertunang dengan Andrea Thoma yang berdarah kacukan separuh Kadazan. Berita gembira itu dikongsikan oleh pasangan berkenaan menerusi laman Instagram mereka minggu lalu.
 

Well, we got carded again at the movie theater....second time in a week. Maybe because we look like this...

A post shared by LA Thoma (@lathoma3) on


Menurut beberapa laporan antarabangsa, Thoma mempunyai darah kacukan Sabah menerusi ibunya yang dikatakan berasal dari Kampung Kolopos di Penampang.

 

My aunts, cousins, and I in our traditional Kadazan tribal clothing for the Ka'amatan festival.

A post shared by LA Thoma (@lathoma3) on


Netizen Malaysia yang teruja dengan pengumuman itu tidak melepaskan peluang untuk merakam ucapan tahniah kepada pasangan itu di media sosial.





Namun pasangan itu belum mengumumkan bilakan mereka akan melangsungkan perkahwinan namun yang pasti ramai mencadangkan 'super heroes' dijadikan tema majlis perkahwinan mereka nanti.