PELAWAK dan pengacara, Harith Iskander bakal berentap bersama 20 pelawak dari seluruh dunia bagi merebut lima tempat di peringkat akhir 'Funniest Person In The World'.
Harith telah berjaya mara ke peringkat separuh akhir pertandingan tersebut dan bakal berentap di Helsinki, Finland pada 5 Disember depan.
"Saya terplilih ke peringkat separuh akhir pertandingan itu setelah mendapat sokongan serta undian daripada rakyat Malaysia.
"Alhamdulilah, sudah tentu saya berasa gembira kerana ia sebuah pertandingan yang besar dan ini adalah peluang saya membawa nama negara di peringkat antarabangsa.
"Peringkat separuh akhir dan akhir nanti akan disiarkan secara langsung menerusi online live streaming dan seluruh dunia dapat menonton persembahan saya. Saya akan beritahu semua peminat saya di Facebook nanti," katanya ketika ditemui Astro Gempak.
Tambah Harith, selesai persembahan pada separuh akhir nanti, penonton dapat membuat undian selama 24 jam sebelum pengumuman lima peserta akhir dibuat.
Mengulas lanjut mengenai pertandingan tersebut Harith memberitahu dia akan menampilkan persembahan tentang subjek yang dekat di hatinya iaitu Malaysia namun mengetengahkan konteks yang mudah difahami oleh penonton di seluruh dunia.
"Saya terkejut juga bila diberitahu setakat ini mengikut undian saya berada di tempat kedua selepas Filipina dan markah daripada persembahan itu nanti akan menentukan sama ada saya layak ke final atau pun tidak.
"Dari segi persembahan saya ingin penonton tahu saya dari Malaysia dan subjek yang akan diangkat juga adalah mengenai tentang apa yang dekat dengan hati saya," katanya.
Pada peringkat pertama seramai 89 calon dari 55 buah negara berentap bagi merebut gelaran juara pertandingan itu yang dibuka pada 1 Sept hingga 1 Okt lalu.
Juara bakal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah USD$100,000 (RM400,000) selain berpeluang mengadakan persembahan jelajah Amerika Syarikat.
Gempak
Mon Nov 28 2016
Harith telah berjaya mara ke peringkat separuh akhir pertandingan tersebut dan bakal berentap di Helsinki, Finland pada 5 Disember depan.
Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh lawat Turki hujung minggu ini - Erdogan
Presiden Turki akan menjadi tuan rumah kepada pemimpin kanan Hamas itu.
Iran-Israel: Tindak balas Israel berisiko heret wilayah dalam perang - Jordan
Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi berkata, tindakan balas Israel terhadap serangan Iran boleh membawa risiko sebenar mengheret seluruh wilayah itu ke dalam perang yang dahsyat.
AS, EU rancang sekat eksport minyak Iran
Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) merancang mengenakan sekatan baharu ke atas Iran yang bakal mengurangkan kapasiti negara itu untuk mengeksport minyak berikutan serangannya terhadap Israel minggu lalu.
Qatar nilai semula peranan sebagai pengantara gencatan senjata Gaza
Qatar sedang menilai semula peranannya sebagai orang tengah dalam rundingan gencatan senjata antara Pejuang Hamas dan Israel.
UNSC akan mengundi Jumaat mengenai keahlian PBB Palestin
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC)dijadual mengundi atas permintaan Palestin untuk menjadi ahli penuh PBB, pada Jumaat.
Lebih 14,000 kanak-kanak dibunuh di Gaza, Israel telah mengalahkan Hitler - Presiden Turki
Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai yang merupakan aib dalam sejarah manusia, baik di Gaza dan Tebing Barat, tegas Erdogan.
14 orang cedera dalam serangan Hizbullah ke atas pusat komando Israel
Hizbullah sifatkan, serangan itu "sebagai tindak balas kepada pembunuhan beberapa pejuang penentangan."
Israel akan mempertahankan dirinya sendiri - Benjamin Netanyahu
Israel akan membuat keputusan sendiri dan akan melakukan segala yang diperlukan untuk mempertahankan diri.
Kerajaan Perak bantu pelajar bawa pulang kitab Turath
Kerajaan negeri Perak menghargai jasa pelajar tajaan MAIPk itu yang bersungguh-sungguh mengumpulkan khazanah berharga tersebut.
FAM mahu persatuan, kelab belia kreatif lahirkan pemain berkualiti
Negara tidak seharusnya terlalu bergantung kepada bakat di sekolah sukan atau Akademi Mokhtar Dahari dalam melahirkan bintang bola sepak.
Komediri Jocelyn Chia tidak sensitif, turut dikritik pelawak tempatan - Fahmi
Beliau berkata perbuatan individu terbabit turut menerima kritikan dan teguran daripada pelawak tempatan yang lain seperti Adflin Shauki dan Harith Iskander.
'Tak lawak langsung!' - Tindakan wanita 'buka baju' di pentas komedi dikecam
Tindakan wanita terbabit menanggalkan tudung dan pakaian hingga separuh bogel ketika membuat persembahan "tidak melucukan."
Banjir: Harith Iskander kongsi detik selamatkan bayi
Menurut Harith, bayi bersama ibunya itu sudah terperangkap selama dua malam di tingkat atas sebuah rumah kedai.
Aktiviti perfileman boleh diteruskan selepas Hari Raya dengan SOP ketat - Saifuddin
Kelulusan diberikan semasa mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) pagi semalam.
Harith sedih tak dapat baki wang kejuaraan "Funniest Person In the World"
Harith Iskander meluahkan rasa sedih apabila pihak penganjur The Laugh Factory masih tidak dapat melunaskan baki wang kemenangannya berjumlah 70,000 usd (RM 280,000).
'Pelawak sangat mewah, tapi etika dan mutu kerja...' - Afdlin Shauki
Pelakon Datuk Afdlin Shauki mengakui kagum dengan pencapaiaan yang dikecapi oleh rakan baiknya, Douglas Lim dalam industri 'stand-up comedy' di Malaysia.
Jenaka Harith Iskander mengenai PRU14 cuit hati peminat
Bukan bertujuan memilih mana-mana parti politik yang bertanding, Harith sebaliknya menampilkan jenaka PRU14 dengan dua watak iaitu Apple dan Joe Black dalam satu program berkonsep 'sketch comedy'.
Harith Iskander teruja dapat bertemu Putera Charles
Harith menerusi entri di Instagram (IG) menyifatkan pertemuan selama satu minit itu sebagai sesuatu yang amat berharga dan berbangga dapat bertemu Putera Charles.
Harith Iskander terima pengiktirafan Kementerian Komunikasi dan Multimedia
Pelawak popular, Harith Iskander malam ini menerima penghargaan daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia sebagai pengiktirafan atas kejayaannya menjadi The Funniest Person In The World.
Rangkuman hari ini: 5 berita utama
Berikut rangkuman berita petang ini.