JIKA sebelum ini Nora Danish menjadi penyeri filem Polis Evo namun untuk sekuelnya pula, Polis Evo 2 menampilkan aktres terkenal Indonesia, Raline Shah pula
Sebaik sahaja mengetahui perkhabaran Raline bakal menyertai skuad Polis Evo 2, rata-rata penonton memberikan reaksi positif dan tidak sabar untuk melihat pelakon itu beraksi.
Tidak dinafikan, watak dan juga lakonan kedua-dua pelakon cantik ini mempunyai kekuatan tersendiri.
Anis (Nora Danish) merupakan seorang wanita yang lemah lembut manakala Rian (Raline Shah) pula lebih ditonjolkan sebagai wanita yang lasak dan tegas.
Di sini kami senaraikan perbezaan Gadis Evo, Nora Danish dan Raline Shah:
Loghat Terengganu
Memegang watak seorang gadis kelahiran Terengganu dan adik kepada Inspektor Sani (Zizan Razak), Nora akui sukar untuk bertutur dalam dialek Terengganu. Nora juga terpaksa mengulang setiap babak sehingga tujuh kali supaya untuk memastikan setiap perkataan atau ayat yang disampaikan itu benar-benar memberikan kesan.
Namun pujian harus diberikan kepada Nora atas usahanya itu kerana berjaya melakonkan watak Anis dan tidak kekok apabila bertutur dalam loghat Terengganu.
Berbeza dengan Nora, watak Raline tidak memerlukan dia untuk bertutur dalam loghat Terengganu.
Bagaimanapun, Raline mengakui, pada mulanya agak sukar untuk membiasakan diri bercakap dalam bahasa Pantai Timur itu, namun lama-kelamaan dia boleh memahami sedikit sebanyak apa yang dituturkan oleh Zizan ketika menggunakan loghat tersebut.
Gadis lemah-lembut vs gadis lasak
Jika Polis Evo pertama memperlihatkan Anis iaitu adik kepada Inspektor Sani, seorang wanita yang lemah-lembut dengan mengekalkan imej polos dan gadis desa namun lain pula dengan sekuelnya.
Rian, merupakan anggota pasukan tindakan khas sekali gus melambangkan seorang wanita lasak yang tegas dan tangkas ketika menjalankan tugasan yang diberikan.
Watak itu juga menuntut Raline melakukan banyak aksi lasak selain perlu menunjukkan ekspresi serta penampilan yang begitu menyakinkan sebagai seorang anggota tindakan khas.
Raline juga perlu menaikkan berat badan dan memasuki kelas seni mempertahankan diri untuk menjayakan watak Rian.
Elemen kekeluargaan vs persahabatan
Polis Evo lebih mengetengahkan elemen kekeluargaan seperti keakraban hubungan Anis dan abangnya yang sering menjadi mangsa usikan Inspektor Sani.
Selain itu, antara babak yang meruntun hati penonton adalah apabila melihat reaksi Anis yang panik, dan tidak tentu arah sebaik sahaja mengetahui abang kesayangannya berada dalam bahaya semata-mata untuk menyelamatkan dirinya.
Manakala Polis Evo 2 pula lebih memaparkan nilai-nilai persahabatan. Ini ditunjukkan menerusi watak Raline, Sam dan Zizan (Inspektor Khai).
Walaupun perkenalan Khai dan Rian singkat namun Rian mengambil keputusan untuk membantu Inspektor Khai menyelamatkan sahabat baiknya, Inspektor Sani dan juga mangsa-mangsa tahanan Saif.
Rian juga tidak mempedulikan kecederaan yang dialami demi memastikan keselamatan rakan sepasukannya.
Filem arahan Joel Soh serta Andre Chiew ini menampilkan Shaheizy Sam, Zizan Razak, Raline Shah, Hasnul Rahmat, Erra Fazira, Soffi Jikan, Syafie Naswip dan Hairul Azreen.
Polis Evo 2 terbitan Astro Shaw, Surya Citra Media (SCM) dan produksi oleh BlackFlag ini boleh ditonton di 146 pawagam seluruh Malaysia dan Brunei.
Apa tunggu lagi, dapatkan tiket anda sekarang dan sama-sama saksikan pertempuran Polis Evo 2 di pawagam!
Jaga-jaga boh!
Gempak
Mon Dec 10 2018
BAIK Raline Shah mahupun Nora Danish kedua-duanya memiliki kekuatan tersendiri dalam lakonan.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
#ThrowbackGempak2019 : 10 Filem Melayu yang tidak mendapat sambutan di pawagam
Ketika sebilangan besar filem tempatan mencatat jualan tiket memberangsangkan, ada juga yang gagal di pawagam.
Rupa-rupanya Misteri Dilaila ada dua kesudahan
Jangan gaduh okey!
Polis Evo 2 raih lebih RM20 juta selepas 17 hari tayangan
Terima kasih Boh! Korang memang terbaik!
Gadis Evo: Nora Danish vs Raline Shah
Dua-dua pun best! Girl power!
'Minyak dagu' membuka tirai 2013
"Minyak dagu" menjadi filem Melayu yang menjadi pembuka tirai tahun 2013 ini.